Lelaki Bijak Sembunyikan Kelemahan Mereka Bila Berdepan Dengan Wanita, Nak-Nak Lagi Akan Perkara Ini.

 

Orang lelaki ini jika dilihat hany asekali imbas memang nampak macam seorang yang tenang dan begitu relax. Akan tetapi dalam hati mereka ada sahaja perkara yang membuat mereka ini gundah gulana dan rasa tak selesa jika berdepan dengan wanita.


Nak-nak lagi wanita yang mereka sukai, tentu sahaja pelbagai perasaan akan bercampur baur dalam hati mereka walaupun secara luaran mereka cuba buat perkara bersahaja. Orang lelaki inikan sangat tak terduga, malah kelemahan yang mereka miliki juga kadang kala tak terjangka.

Apabila melibatkan wanita, orang lelaki ini ada beberapa perkara yang dirinya begitu tak yakin.



1. Wanita yang manja.

Siapa sahaja yang tak cair melihat wanita yang manja ini. Mana-mana lelaki tentu sahaja akan mudah tertarik dengan wanita seperti ini. Namun begitu, biasanya lelaki lagi susah nak kawal bila berdepan dengan wanita seperti ini, sebab itu mereka lebih suka mengelak dari berjumpa.

2. Air mata wanita.

Orang kata senjata utama yang melemahkan lelaki adalah air mata seorang wanita. Sebab itu lelaki kalau tengok wanita menangis sahaja mula lah rasa serba salah, mula nak minta maaf. Akan tetapi relevan lagi ke perkara ini?



3. Takut jika di reject oleh wanita.

Sesiapa sahaja pun akan takut kalau-kalau mereka ini direject, mana tidaknya nak luahkan perasaan itu sudah kena kumpul kekuatan lepas itu kena reject pula. Memang malu dan menakutkanlah bagi sesiapa pun. Tapi lelaki lagi susah nak terima kalau kena reject ini.



4. Lelaki mudah cair dengan wanita yang sukakan kanak-kanak.

Seolah-olah melihat isterinya bermain dengan anak-anaknya itulah yang lelaki terbayang saat melihat situasi ini. Sedangkan, kalau difikirkan bahawa keadaan ini biasa-biasa sahaja tetapi ini yang mencarikan hati lelaki. Siapa sangka perkara yang mudah ini.

5. Tak yakin nak pikul tanggungjawab.

Selalu sangat terjadi selepas membuat keputusan untuk berkahwin. Akan tetapi mungkin ia sekadar sementara sahaja. Apa-apa pun dengan keraguan ini, seseorang itu mampu mengubah keputusannya. Jadi hati-hati.

Ini baru sedikit, sebenarnya banyak lagi kelemahan lelaki terhadap wanita. Orang tak perasan sebabnya mereka ini pandai sembunyikannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,802 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen