Bila Waktu Cuti Hanya Menghadap Media Sosial 24Jam, Sunyi Betul Hidup Anda. Cuba Buat Aktiviti Yang Berfaedah Sikit.

 

Ketika waktu-waktu single inilah macam-macam perkara yang anda boleh lakukan. Jangan nak termenung sangat dan berharap jodoh akan sampai. Lebih baik kalau anda lakukan sesuatu yang berfaedah sedikit, bukan ke itu lebih baik.

Masa single ini, banyak yang mengharapkan jodoh datang sedangkan mereka yang sudah berkahwin itu mahukan hidup seperti anda. Lebih baik kalau anda menikmati sahaja waktu-waktu ini. Akan tetapi janganlah habsikan masa dengan bermain media sosial sahaja.


Bukan apa, kalau anda hanya menghabiskan masa-masa anda dengan media sosial sahaja tentulah hidup anda tak seronok, alah macam sama je anda duduk tunggu jodoh. Sedangkan banyak je aktiviti yang boleh dilakukan.

Menurut kajian daripada University of Pennsylvania menunjukkan, wujudnya sempadan antara kita dengan media sosial membuatkan kita lebih terurus dan teratur.



Kajian dijalankan keatas 143 pelajar prasiswazah yang memerlukan mereka menghantarkan screenshot bateri mereka selama 3 minggu berturut-turut.

Kesemua pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan yang menghadkan penggunaan media sosial kepada 10 minit sehari, dan juga kumpulan yang menggunakan media sosial secara berterusan setiap masa.

Hasil dapatan kajian menunjukkan, mereka yang kurang menggunakan media sosial adalah lebih bahagia dan tidak sunyi, berbanding dengan mereka yang kerap menggunakannya.



Tak tahu nak buat apa? Biar betul, masa ini ada bebas tanpa sebarang ikatan jadi gunakan peluang ini untuk anda cari keseronokkan yang tersendiri.

1. Melancong bersama rakan-rakan.
2. Hiking bersama rakan-rakan.
3. Food hunting bersama rakan-rakan.
4. Dekatkan diri dengan Allah.
5. Belajar memasak.
6. Habiskan masa dengan ibu bapa.

Jangan nak habiskan masa dengan media sosial sahaja, banyak lagi perkara yang anda boleh lakukan selain menghadap telefon bimbit anda itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,532 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen