Air Mata Wanita Senjata Utama Melemahkan Orang Lelaki.

 

Wanita seorang yang berhati lembut, malah perwatakannya juga penuh dengan kelembutan dan kesopanan. Wanita dan lelaki ini tersangatlah berbeza, kalau lelaki mereka ini lebih kuat dan tegas untuk setiap perkara berlainan dengan wanita yang hatinya lebih lembut dan juga sensitive.

Ada yang menyatakan bahawa wanita ini lebih mengikut perasaan sebab itulah hatinya mudah terusik walaupun untuk hal-hal yang kecil berlainan dengan lelaki yang dikatakan lebih banyak ikut pemikiran mereka sendiri. Sebab itulah orang perempuan lebih mudah untuk menjatuhkan air mata kerana apabila perasaan mereka terusik air matalah tempat luahannya.


Walaupun ada yang menyatakan bahawa seorang wanita itu kuat, mampu menguruskan diri sendiri serta hebat berdikari akan tetapi jika mereka ini juga mudah untuk teraa sedih dan menangis kerana mereka memang telah dilahirkan dengan hati yang lembut dan sedikit sensitive.



Setiap kali perasaan mereka ini terluka ataupun terguris, air matalah tempat dirinya melepaskan segala luahan dan tempat mengadu. Sebab itu jika dilihat, mereka ini lebih mudah menangis berbanding orang lelaki. Kalau nak tengok orang lelaki menangis ini memang agak payah, sebabnya mereka ini berjiwa kental.

Air mata seorang perempuan itu mampu kalahkan ego seorang lelaki, itu yang selalu kita dengar bukan. Orang lelaki ini kalau nampak orang perempuan menangis, tentu akan terus kalang kabut tak tahu nak buat apa. Walaupun bukan salah dirinya, akan tetapi tetap sahaja dirinya rasa bersalah.



Kenapa orang lelaki begitu mudah rasa bersalah dengan air mata wanita?

Sebabnya bagi lelaki, jika seseorang wanita itu terluka sehingga mengalirkan air mata itu tandanya dirinya begitu terluka dengan perkara yang terjadi. Air mata ini tak akan keluar dengan mudah jika hatinya tak begitu kecewa dan terluka walaupun nak dibuat-buat pun susah bagi seorang lelaki, itu yang menyebabkan mereka ini sentiasa tewas dengan air mata wanita.



Bukan itu sahaja, bila dah sayang memang kalau nampak kekasih hati itu menangis jadi tak senang duduklah cerita dia. Sampaikan bila seorang wanita itu menangis, si lelaki ini sanggup sahaja turut segala kata si wanita. Nampak tak betapa hebatnya air mata wanita itu.

Wanita ini memang terkenal dengan air matanya, namun begitu orang lelaki tetap akan kalah dengan senjata ini walaupun sudah sedia maklum. Ini kerana, air mata wanita ini begitu tulus apabila hatinya terluka.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,167 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen