5 Minit Ketawa Bersama Ibu Seolah-Olah Semua Masalah Berlalu Pergi.

 

Siapa saja di dunia ini yang tidak menyayangi ibu sendiri. Walau ada kala hubungan dengan ibu tidak seakrab sewaktu kecil, namun pastinya kasih terhadap ibu adalah yang paling tinggi letaknya. Sesiapa yang masih mempunyai ibu tentunya berasa gembira setiap kali pulang ke kampung halaman dan perasaan tenang tatkala melihat wajah ibu sangat sukar digambarkan.


Apabila kita sudah meningkat dewasa, pasti kita sudah banyak menempuh cabaran dan masalah dalam hidup. Ada kala kita memilih untuk memendam sehingga masalah itu selesai dengan sendirinya, ada kala kita memilih untuk bercerita kepada kawan-kawan, dan ada kala kita tahu bahawa ibulah orang yang paling tepat untuk menceritakan masalah yang dihadapi kerana pastinya akan membuat kita lebih tenang. Ibu adalah rakan paling akrab yang sangat memahami apa yang terbuku di hati anak-anaknya.



Bukan berkongsi kesedihan dan masalah sahaja, malah walau hanya 5 minit bergelak ketawa dengan ibu seakan semua masalah berlalu pergi dengan begitu sahaja. Kuatnya kuasa dan kasih sayang ibu. Ia mampu menghilangkan perasaan sedih, hiba dan resah gelisah yang dihadapi oleh anak. Oleh itu, sesibuk mana pun kita, carilah sedikit masa untuk pulang ke kampung menjenguk ibu. Sesungguhnya dia tidak mengharapkan apa-apa selain melihat anaknya berjaya dan sesekali pulang ke kampung menghabiskan masa bersamanya.



Tidak dapat dinafikan, ada juga di antara kita yang lebih rapat dengan ayah berbanding ibu. Namun perasaan itu sebenarnya lebih kurang sama tetapi ia tidaklah sekuat naluri ibu. Ibu dapat membaca apa sahaja masalah yang dipendam oleh anak melalui redup matanya, kerana itu tiada apa yang dapat disembunyikan daripada seorang ibu.

Hargailah ibu selagi dia masih ada. Ingatlah, semakin kita meningkat dewasa, begitulah dia yang semakin meningkat tua. Gembirakan hatinya selagi dia masih mampu ketawa bersama kita. Sesungguhnya nilai kasih sayang ibu dan sat-saat indah bersama ibu adalah sangat berharga bagi seorang insan bergelar anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen