Lelaki & Perkahwinan, Apa Yang Mereka Bimbangkan?

 

Ramai orang lelaki yang takut akan perkahwinan, sebab itu rata-rata daripada mereka ini akan mula berkahwin apabila umur sudah mencecah 26 tahun ke atas. Bagi mereka pada umur itu, rakan-rakan mereka telah mula berkahwin dan masa ini saat-saat keseronokan sudah semakin hilang.

Tidak cukup itu sahaja, ada lelaki yang merasakan semakin meningkat umur mereka untuk berkahwin, maka makin senang keluarga dan pasangan mereka kelak. Ini kerana, pada ketika itu rata-rata mereka sudah memiliki kewangan yang stabil.


Tidak ramai lelaki moden hari ini meletakkan idea berkahwin itu sebagai satu kemestian dalam agenda hidup mereka. Sama ada mereka tidak pernah serius memikirkannya atau masih belum bertemu dengan apa yang mereka cari.



Tiada Lagi Kebebasan

Lelaki di lahirkan independent by nature. Setiap apa yang dilakukan atau diputuskan, tidak perlu pengaruh atau nasihat sesiapa dan lelaki hidup dalam aturan hidup mereka sendiri. Kerana itu jugalah ego lelaki dikatakan sangat tinggi disebabkan mereka tahu apa yang mereka mahu. Komitmen dalam perkahwinan tentu sahaja akan membataskan kebebasan melakukan apa jua hal yang biasa mereka lakukan ketika hidup solo.



Apa Lelaki Mahukan Dalam Perhubungan?

Amber Madison melakukan kaji selidik tentang lelaki dan perhubungan menyatakan kebanyakan lelaki mahukan perkahwinan mereka berlandaskan kejujuran. Tambah Madison mungkin lelaki tidak nampak serius bila bercakap tentang perkahwinan namun daripada kajian dilakukan, 54 peratus lelaki bersetuju bahawa perkahwinan itu perlu setelah bertemu dengan wanita yang mereka mahu habiskan masa bersama. Selain itu lelaki juga mahukan bakal isteri mereka bijak komunikasi, miliki personaliti yang menyenangkan dan tidak materialistik.



Fakta Lelaki Dan Perkahwinan

• Lelaki dan idea persiapan perkahwinan bagai langit dan bumi. Bukan kerana tidak menginginkan perkawinan mewah cuma bagi mereka berlebih-lebihan untuk majlis perkahwinan bukan sesuatu yang mereka inginkan.

• Lelaki sebetulnya lebih memikirkan tentang kehidupan selepas kahwin dan hal ini tentu saja berbeza dengan wanita yang punya banyak keinginan dalam merealisasikan majlis yang mereka idamkan.

• Jim Burns dalam artikelnya menulis lelaki adalah makhluk yang paling insecure. Perkahwinan adalah perkara yang menuntut mereka berfikir lama dan antara alasan utama adalah kerana kurang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,458 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen