Pemilihan Warna Lipstick Naikkan Seri Wajah, Orang Perempuan Kena Tahu Ini.

 

Anda sudah cukup yakin dengan warna lipstick yang anda kenakan?

Yakin bahawa warna itu sesuai buat kulit anda?

Ramai orang sebenarnya ragu-ragu akan perkara ini. Walaupun selalu menggunakan warna tersebut, tetapi ramai yang merasakan bahawa ia tidak tampikan keserian wajah yang ada. Penampilan wajah ini tersangat penting untuk perjumpaan pertama kali, sama juga macam buat anda yang sedang mencari jodoh.


Warna yang bersesuaian dengan diri anda mampu serlahkan diri anda lagi. Tidak semua sesuai gunakan warna yang anda minat, boleh jadi warna kegemaran anda itu tidak sesuai buat diri anda yang menyebabkan anda kelihatan kusam dan dull.

Jadi macam mana nak pilih lipstick yang sesuai?

Warna Dasar Kulit Cerah

Haa bagi orang yang kulit cerah yang nak dapatkan natural look anda boleh memakai warna lipstick seperti light peach dan light pink. Ramai orang menganggap orang yang mempunyai kulit cerah sesuai untuk pakai semua jenis warna lipstick, tetapi tidak sama sekali.

Untuk dapatkan personaliti yang lebih seksi dan menyerlah, anda boleh padankan warna gincu seperti merah maroon atau merah coklat. Jangan pakai warna yang terlalu nude, kerana wajah anda akan tampak lagi pucat. Jadi kena alert dalam pemilihan warna lipstick okay!



Warna Dasar Kulit Neutral

Kebiasaan kulit orang melayu ni, berada dalam tahap medium iaitu kuning langsat, jadi penting untuk anda memadankan warna lipstick seperti pink dan peach yang berwarna lebih gelap untuk menyamakan dengan tona kulit wajah.

Warna red blood memang sesuai bagi sesiapa yang mahu kelihatan lebih mewah dan berani.

Apa-apa pun terpulang pada anda sama ada mahu mengikuti atau tidak, paling penting percaya pada diri dan confident! Selamat mencantikkan diri dengan lipstick pilihan anda!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen