Kalau Suami Buat 5 Perkara Ini, Confirm Isteri Jatuh Cinta Setiap Hari.

 

Bukan masa bercinta sahaja orang lelaki kena pandai ambil isteri, lepas kahwin lagi kena pandai ambil hati isteri. Sebabnya orang perempuan ini kena ada selalu siramkan dengan perkara-perkara yang romantik, kejutan, tarikan dan macam-macam lagilah. Barulah dia jatuh cinta setiap hari pada suaminya.

Orang lelaki jangan pula lepas kahwin sudah tak kesah teknik-teknik memikat ini. Lepas kahwin lagi kena rajin lakukan sebenarnya. Barulah sentiasa bercinta dengan isteri itu.


Tak payah nak bagi bunga setiap hari, bawak pergi dinner ataupun berikan barang kemas. Buat orang biasa-biasa macam kita ini, kalau suami mereka lakukan 5 perkara ini pun dah lebih dari bersyukur. Kalau beri lebih lagilah seronok.

Apa suami boleh buat?

1. Sentiasa bau wangi dan bersih.

Kalau sebelum kahwin anda begitu rajin kemaskan diri, jangan pula lepaskan kahwin abaikan semua itu. Perkara ini penting walaupun selepas kahwin. Mana tidaknya, bukan hanya pandangan suami sahaja kena jaga, pandangan isteri pun kenalah suami pandai jaga.

2. Hormat pendapat isteri.

Walaupun suami ketua keluarga, tetapi jika sekali sekala dia menghormati pendapat isterinya tentu sahaja membuat hati isteri rasa berbunga. Mana tidaknya, isteri terasa dihargai malah isteri tahu akan suaminya sentiasa menghormati dirinya. Macam mudah tapi kadang kala menguji juga nak buat ini.

3. Sekali sekala masakan isteri.

Curilah masa sedikit waktu hujung minggu, waktu lapang untuk masakan isteri anda itu. Paling tidak buatkan sarapan yang mudah. Isteri tersangat menghargai perbuatan ini kalau suaminya selalu lakukan. Mana tidaknya, sekali skala dapat juga dia berehat dari memasak dan rasa masakan suaminya.

4. Selalu ucapkan terima kasih.

Nampak macam senang je, tapi berapa ramai suami-suami mampu lakukan. Nak-nak lagi kalau untuk perkara yang remah. Macam “sayang terima kasih untuk makan malam”. Nampak mudah tapi kalau buat memang tercalar ego lelaki. Tapi kalau ada suami yang buat memang win habislah.

5. Beri peluang isteri nak me time atau ke spa.

Ini paling isteri hargai, di mana suami beri kebenaran buat isteri untuk keluar bersama rakan-rakan malah ada juga yang sanggup beri peruntukan untuk isteri pergi ke spa. Anak-anak dan rumah siapa jaga? Tentulah suami, isteri bahagia kalau dapat suami macam ini.

Sebagai seorang suami dan bakal suami, mampu anda bahagiakan isteri dengan perkara-perkara seperti ini?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,706 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen