Perasaan Cinta Isteri Boleh Pudar Kalau Lepas Kahwin Suami Ada Perangai Sebegini.

 

Buat kita yang belum kahwin ini tentunya merasakan bahawa perkahwinan itu akan berlaku kepada mereka yang saling mencintai bukan. Malah perasaan itu akan kekal selamanya. Tapi betul ke perasaan yang sama akan terbina selamanya walaupun apa jua keadaan.

Selalu sangat anda dimomok dengan perkahwinan yang bahagia dan gilang-gemilang hingga membuatkan anda terasa nak berkahwin bukan. Biasanya saat-saat indah di atas pelamin itu yang membuatkan seseorang ingin berkahwin, kalau bab lain itu belum tahu lagi.


Tahukah anda bahawa selepas kahwin ini perasaan pun boleh memudar hilang apabila salah seorang pasangan tak mampu memainkan peranan dengan betul. Boleh jadi macam tak jaga kepercayaan yang diberi, tak laksanakan tanggungjawab dengan betul serta abaikan isteri.

Baik suami atau isteri, kedua-duanya akan lebih terdedah untuk berubah perasaan. Tapi apa kata kita ambil isteri dahulu. Apa yang membuatkan isteri-isteri ini cepat tawar hati dan hilang perasaan cinta mereka ini.

Antara sebab isteri mula hilang perasaan cinta;



1. Tak matang.

Sikap kematangan suami dalam membimbing serta mendidik isteri ini sebenarnya tersangatlah penting. Mana tidaknya, orang perempuan ini kadang kala dia pun tak matang juga sebab itu dia perlukan suami yang matang untuk membimbing. Malah penting kematangan seorang suami dalam menguruskan rumah tangganya.

2. Tak bantu urusan di rumah.

Kalau semua perkara nak harapkan isteri tentu-tentu sahaja buat isteri makan hati. Isteri ini bukan orang gaji yang perlu urus segala perkara, dia itu isteri dan anda sebagai suami kenalah hulurkan bantuan walaupun untuk perkara yang kecil macam sapu rumah, buang sampah atau basuh baju.



3. Marah tak tentu pasal.

Sesiapa sahaja akan makan hati kalau kena marah tanpa punca dan sebab. Kalau niat nak tegur, kenalah tegur secara elok-elok. Lagi makan hati kalau suami suka keluarkan kata-kata kesat. Memang makan dalam cerita dia walaupun tanpa sebab.

4. Tak endah pasal anak.

Seorang suami dan juga seorang bapa tentu sahaja perlu sentiasa utamakan anak-anak dan isterinya. Bukan itu sahaja, suami juga perlu menjaga anak bersama, mana boleh hanya serahkan bulat-bulat pada isteri sahaja. Suami isteri kena selalu berkerjasama.



5. Bab urus kewangan ke laut.

Kalau isteri bekerja mungkin dia dapat bantu suaminya tapi kalau isteri suri rumah tentu mengharapkan sepenuhnya dari suami. Jadi kalau suami pun tak pandai urus wang yang lebih banyak membazir kepada hobi dan minat diri sendiri sahaja, malah isteri tak marah.

Perasaan cinta sebelum berkahwin boleh hilang kalau anda lakukan perkara sebegini wahai suami. Jadi kalau nak isteri itu sentiasa mencintai anda maka jauhilah perkara-perkara yang tak menyenangkan dirinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,652 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen