Ibu Bapa Campur Tangan Dalam Rumahtangga, Tak Akan Nak Jadi Anak Derhaka Pula. Tetapi Suami Isteri Kena Bijak Selesaikannya.

 

Ibu bapa selalunya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Tak kiralah berapa besar anak mereka itu, bagi ibu bapa anak-anak mereka sentiasa kecil pada pandangan mereka. Walaupun setelah berkahwin ada ibu bapa yang merasakan bahawa anak-anak mereka itu perlukan bimbingan dan tunjuk ajar lagi.

Buat anda yang masih bujang dan belum berkahwin, apa yang anda rasakan jika ibu bapa masuk campur dalam hubungan perkahwinan anda? Adakah ia wajar kerana anda anak-anak mereka ataupun ia tidak wajar dilakukan?


Bagi pendapat penulis sendiri, bahawa perkara sebegini tak wajar berlaku sebenarnya. Jika seseorang memilih untuk berkahwin, itu bermakna dirinya sudah membuat persiapan fizikal dan mental. Tak hanya itu sahaja, membuat keputusan untuk berkahwin dengan cara yang betul adalah salah satu tanda bahawa seseorang itu telah matang.

Namun begitu, kadang kala agak sukar juga kalau ibu bapa itu sendiri yang akan cuba melibatkan diri dalam hubungan anak-anak mereka. Ini kerana, mungkin bagi mereka anak mereka ini tak pandai itu dan ini malah ada juga yang beranggapan bahawa pasangan anak mereka ini belum kenali anak mereka dengan baik.



Banyak sebab sebenarnya ibu bapa ingin melibatkan diri dalam rumah tangga anak-anak, namun begitu anak-anak dan pasangannya pula lebih matang dalam tingkah laku ibu bapa mereka. Ini kerana, mungkin akan ada yang rasa kurang selesa jika perkara sebegini berlaku, maka dengan itu suami isteri itu perlu berbincang dengan sendirinya.



Mungkin anak-anak takut untuk menegur ibu bapa mereka walaupun tak senang dengan tingkah laku itu. Namun, anda perlu selesaikan perkara ini dengan baik.

1. Cuba untuk berbincang dengan pasangan anda agar tidak terlalu ikut kata ibu bapa mereka.
2. Cuba jangan ambil hati dengan setiap kata-kata ibu bapa mereka.
3. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri dalam setiap kata-kata ibu bapa mereka.
4. Cuba untuk bertenang dalam apa jua situasi.
5. Bahkan yang paling penting adalah, anda suami isteri kena saling percaya dan kuat antara satu sama lain.

Kadang kala campur tangan ibu bapa ini ibarat bom jangka yang boleh memusnahkan hubungan anak-anak mereka sendiri. Jika sudah melampaui batas akan perkara sebegini, sebagai anak-anak anda perlu bersuara agar lebih jelas dan tiada salah faham.

Akan tetapi jangan pula anda rasakan tindakan ibu bapa itu salah membuatkan anda menjadi anak derhaka. Orang kata selagi boleh tahan maka tahanlah dengan baik, jika tidak selesaikan dengan baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen