Nak Curah Segala Masalah Akan Rumahtangga, Jangan Guankan Media Sosial. Lebih Baik Berjumpa Pakar Kaunseling.

 

Selalunya orang kita ini bila dalam rumahtangga ada masalah, lebih mudah untuk luahkan dan kongsi pada orang sekeliling. Selepas itu, mulah terhasut dan percaya akan kata-kata orang luar walaupun sudah jelas bahawa itu bukan jalan terbaik untuk rumahtangga anda.

Anda perlu tahu bahawa tidak semua orang inginkan anda suami isteri bahagia, boleh jadi segala nasihat dan hasutan itu hanya ingin membuat anda suami isteri salah faham dan memburukkan keadaaan, sebab itulah bila ada masalah rumahtangga yang anda tak boleh nak tangani dan inginkan tempat luahan serta nasihat, pakar kaunseling pasangan tentu mampu selesaikan buat anda.

Berkongsi dengan seseorang yang tak jelas akan bagaimana kehidupan sebenar anda dan pasangan itu lebih mudah sebenarnya kerana anda boleh terus kongsi akan masalah rumahtangga anda.


Apa itu kaunseling pasangan?

Kaunseling pasangan (panduan perkahwinan) adalah satu bentuk terapi yang direka untuk memperbaiki dan menyelesaikan isu-isu dalam hubungan intim. Kaunselor yang menawarkan terapi ini harus mempunyai latihan relevan dan bersesuaian untuk membantu bekerja secara dinamik dengan pasangan.

Berkaitan teknik yang digunakan, ada beberapa tugasan yang memerlukan anda menyelesaikannya dalam sesi kaunseling anda. Walau bagaimanapun, ramai kaunselor juga meminta anda melakukan ‘tugasan rumah’, sama anda melakukan tugasan tertentu atau berbincang mengenai perkara yang spesifik apabila sampai di rumah. Apabila tiba sesi seterusnya, anda akan dapat bercakap mengenai tugasan yang diberikan, berbincang mengenai cabaran yang anda hadapi dan apa yang anda dan pasangan rasai ketika menyelesaikan tugasan tersebut.



Masalah biasa sering berlaku

Terdapat pelbagai masalah yang boleh membawa anda kepada kaunseling pasangan, ia bermula dari salah faham dalam berkomunikasi sehingga kecurangan dalam perhubungan. Antara masalah lain yang sering berlaku antara pasangan adalah:

• Kurang kepercayaang yang membawa kepada ketidakpercayaan
• Kurang komunikasi
• Cemburu
• Penkhianatan atau curang
• Masalah kewangan, atau berkaitan kerja
• Perhubungan seksual
• Campur tangan keluarga
• Perbezaan objektif
• Perbezaan cara keibubapaan
Bagaimana kaunseling boleh membantu pasangan?
Setiap situasi perhubungan adalah unik, dan berbincang dengan profesional adalah satu langkah yang membantu. Selain itu, matlamat keseluruhan kaunseling pasangan adalah untuk:
• Berkomunikasi dengan lebih efektif
• Menyedari bagaimana perbincangan adalah penting
• Membayangkan masa lalu dan bagaimana mencorakkan haluan akan datang
• Memahami bagaimana faktor dalaman seperti nilai kekeluargaan, agama, gaya hidup dan kebudayaan memberikan kesan kepada hubungan
• Bertolak ansur dan menyelesaikan masalah sebaik mungkin selagi termampu

Sementara sesi kaunseling anda dalam progres, anda dan pasangan mungkin dapat mencari jalan untuk mengatasi masalah atau membuat keputusan untuk berpisah. Tidak kira yang mana satu, kaunseling akan memberikan anda ruang untuk meluahkan apa yang anda rasa dan mempertimbangkan tentang apa yang anda mahukan pada masa depan untuk anda dan pasangan.



Setiap pasangan adalah berbeza. Oleh itu, memilih waktu yang tepat untuk mendapatkan bantuan adalah bergantung kepada jenis masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda risau mengenai perhubungan dan merasa keliru bahawa anda tidak mampu untuk menyelesaikannya sendirian, ia bermakna anda memerlukan bantuan kaunseling pasangan.

Untuk sesetengah pasangan, kaunseling dianggap ‘cara terakhir’ untuk menyelamatkan hubungan/perkahwinan. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu menunggu segalanya sehingga segalanya menjadi terlalu kritikal. Sebaliknya, terdapat ramai pasangan menyertai sesi terapi ini sebagai cara untuk menyelamatkan perhubungan agar kekal sihat dan menangani sebarang kebimbangan yang mungkin mengugat perhubungan dalam masa hadapan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen