Dia Betul-Betul Suka Anda Ataupun Cuma Anda Yang Syok Sendiri? Meh Check Jap.

 

Ketika single ini memang macam-macam boleh jadi, kejap bagi harapan dengan oranglah, kejap syok sendirilah, malah ada juga yang kuat perasan. Biasalah single bukan, macam-macam perasaan ada. Sebabnya tak ada orang yang nak layan perasaan mereka.

Walaupun anda single, anda patutnya ada harga diri yang tersendiri. Jangan terlalu mengejar orang hingga membuatkan mereka itu memandang rendah terhadap anda. Akan tetapi jangan pula jual mahal, takut nanti tak ada yang nak pula.


Namun begitu, bagaimana pula kalau nak tahu bahawa anda dan dia itu hanya anda sahaja yang syok sendiri, sedangkan dia pula tak ada pun kata nakkan diri anda. Tapi anda suka pada dirinya. Nak buat apa ni!

Jap-jap, sebelum nak luahkan apa yang anda rasa itu, lebih baik kalau anda periksa keadaan ini dahulu.



1. Dia Cuma cari bila perlu ke?

Bila bosan, nak lepak ataupun bila rakan-rakannya tak dapat bersama dengannya baru cari anda. Masa itulah anda terlihat sangat penting kepada dirinya. Kerana apa? Kerana dia tahu anda tak akan menolak ajakan dirinya. Itu yang membuat dia hanya cari anda bila perlu sahaja. Bila tak perlu ingat pun tidak.

2. Call tak angkat, pesanan pun tak balas…

Selalunya kalau kalian ada hubungan yang istimewa sedikit tentu sahaja dia akan segera call ataupun balas setiap pesanan anda. Akan tetapi kalau segala perkara ini dia hanya buat-buat tak nampak memang dia tak ada perasaan dekat anda, cuma anda sahaja yang syok sendiri.



3. Layan macam kawan je.

Cuba tengok cara layanannya pula, lain tak dari rakan-rakan yang lain. Paling tak pun anda special sikit dari rakan-rakannya yang lain. Akan tetapi kalau tak ada juga, boleh agak dah yang hanya anda sahaja yang sukakan dirinya. Dia pula anggap anda sebagai rakan sahaja.

4. Tak ingat tarikh penting.

Bukan nak cakap pasal bila kali pertama kalian berjumpa ataupun bila kali pertama kalian saling berbalas pesanan, akan tetapi cukup kalau dirinya itu ingat tarikh lahir anda ataupun tarikh penting yang lain. Macam tarikh anda pergi temu duga, ataupun lain-lain. Tapi kalau dia tak ingat, anda memang bukan siapa-siapa pun.



5. Paling sakit hati, tak kisah pun pasal anda.

Bila anda jatuh sakit, bila anda tak balas pesanan semuanya dia buat tak tahu dan tak ambil tahu. Apa-apa fasal anda pun dia tak tahu. Kalau macam ini memang dia tak minat pun pasal anda. Malah selama ini hanya anda sahaja yang syok sendiri.

Kalau anda rasa anda syok sendiri, tak payah nak confess dekat dialah perasaan anda itu. Bawak hati dan cari yang lain lebih baik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,647 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen