Sebelum Bertemu Jodoh Sebenar, Mungkin Anda Akan Berjumpa Dengan 5 Jenis Pasangan Ini Dahulu.

 

Ada orang kata dalam mencari jodoh ini anda akan berjumpa dengan seseorang yang salah dahulu sebelum berjumpa yang tepat. Biasanya mereka-mereka ini datang sekadar untuk memberi pengajaran ataupun ujian sahaja dalam hidup anda. Jadi tak semestinya anda berjumpa seseorang maka itulah jodoh anda sebenarnya.

Sebab itu, ada yang bertahun-rahun bercinta boleh putus, nak berbulan-bulan bertunang boleh tak jadi berkahwin. Kerana mereka ini datang sekadar hanya itu memberi anda pengajaran akan hubungan serta menambah pengalaman hidup anda.


Sebelum anda berjumpa dengan seseorang yang tepat, boleh jadi anda akan berjumpa dengan mereka ini dahulu dalam hidup anda.



1. Mereka yang berlawanan dengan anda

Di mana, dia dan anda sangat jauh berbeza. Kalau anda sukakan aktiviti indoor dia pula sukakan aktiviti outdoor. Anda dan dirinya bagaikan langit dan bumi yang sukar untuk cari persefahaman dan persamaan akan tetapi seronok bersama. Namun begitu, kalian mungkin lebih sesuai jika hanya berkahwin sahaja. Kerana, perbezaan pendapat dan fikiran membuatkan kalian akan selalu bertengkar.

2. Mereka yang terlalu mencinta sehingga obeses

Seronok bukan kalau anda orang yang terlalu sayang dan mencintai diri anda. Namun begitu, betul ke mencintai anda dengan setulus hatinya, ataupun dia itu hanya sekadar obeses dengan diri anda dan mahu memiliki anda sahaja. Cinta yang tulus dan suci itu mungkin tak ada dalam dirinya, yang anda hanya rasa takut kehilangan diri anda.



3. Mereka yang terlalu disukai orang lain

Biasanya bila memiliki pasangan yang ada rupa paras yang elok ini memang bonus. Namun begitu, kadang kala ia membuatkan hubungan anda lebih mencabar kerana akan diganggu oleh orang lain. Bukan itu sahaja, pasangan anda tentu lebih banyak pilih yang boleh dipilih dengan mudah. Bukan ke itu akan buat anda sentiasa tak percaya akan dirinya.

4. Mereka yang selalu menyakiti anda

Orang kata cinta itu memang menyakitkan, namun begitu cinta ini tak seharusnya saling menyakiti antara satu sama lain. Jika dia terus menerus menyakiti anda tentu dirinya tak ikhlas menyayangi anda. Bahkan perkara sebegini hanya dikenali sebagai toxic relationship sahaja.



5. Mereka yang tidak diterima oleh keluarga anda.

Nakkan hubungan hingga ke jinjang pelamin, tentu sahaja anda perlu dapatkan restu. Kalau tak ada restu dari kedua keluarga, boleh jadi dia itu hanya sekadar persinggahan dan tak perlu diteruskan. Sebab itu anda single sekarang ini.

Mereka-mereka yang hadir ini lebih banyak memberi pengalaman dan pengajaran dalam hidup. Itu juga yang membuatkan anda lebih kuat dalam hubungan anda kelak dan tak akan melakukan kesilapan yang sama lagi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen