Tak Rugi Pun Beri Layanan Yang Baik Pada Isteri, Sekarang Mungkin Tak Nampak Tapi Lama-Lama Pasti Dihargai.

 

Bila suruh buat baik dekat isteri banyak je alasan yang diberi. Malah ada juga yang merasakan bahawa perbuatan buat baik terhadap isteri ini adalah satu perkara yang sia-sia. Cukup sekadar seorang suami telah memberi nafkah serta beri pelindungan buat anak isteri.

Itu selalu yang difikirkan. Namun begitu, baik kebaikan yang boleh diperolehi kalau seorang suami buat baik kepada isterinya malah memberi contoh yang baik buat anak-anak. Ini kerana, setiap perbuatan si suami itu akan menjadi ikutan kepada anak-anak.

Ini sedikit nasihat daripada Firdaus Shakirin, hadam dan fahami dengan baik.


"Tak rugi pun bila layan isteri dengan baik..."

Seorang suami yang juga ayah merupakan role-model atau contoh kepada keluarganya...Anak-anak tengok apa yang kita buat sebagai seorang suami, sebagai seorang ayah...

Nanti besar, dia akan ikut...



Teringat saya masa saya kecik-kecik dulu, setiap pagi, sebelum abah pergi kerja, dia akan pastikan dia beli sarapan dulu, then letak bawah tudung saji...walaupun hari tu hujan lebat, dia tetap akan keluar beli sarapan macam biasa dan tinggal atas meja sebelum pergi kerja...

Tengahari dia call...

"Mak masak tak lagi...? Tanya mak, dia nak suruh abah beli apa-apa tak petang ni?"

Dah menjadi kebiasaan untuk abah beli sesuatu ketika pulang dari kerja...jarang dia pulang dengan tangan kosong...bila dia sampai rrumah, dia tak terus masuk dalam rrumah, tapi dia akan tengok baju-baju di ampaian...

Kalau dah kering, dia terus kutip...

Bawak masuk dalam rumah, dia letak dalam bakul...habis mandi, solat, dia makan cucur sambil minum air panas...dia ambik baju-baju kering tu, dia lipat...dia tak jerit tanya mak kenapa tak angkat baju, dia tak suruh mak lipat baju...
Dia buat sendiri...

Selesai makan, dia akan angkat pinggan, bawak pergi sinki, dia basuh...dia kemas dapur, lap meja, simpan lauk dalam peti ais...dia start motor, dia pergi buang sampah...pastu baru dia rehat sambil tengok TV..



Nampak macam takde apa-apa kan?

Sebenarnya inilah didikan secara tidak langsung dari seorang ayah tentang bagaimana caranya menjadi seorang suami kepada anak-anaknya terutamanya anak lelaki...dia tak pernah langsung cakap yang itu semua kerje isteri, maka biar isteri yang buat...suami tak perlu buat atau tolong buat...

Nope...

Tak pernah dengar dari mulut dia langsung dan dia tak pernah bertekak langsung bab-bab kerja rumah dengan mak...
Sekarang kita dah besar, dah dewasa, dah kawin, dah jadi suami...kita tengok apa yang orang tua kita buat sepanjang kita jadi budak-budak dlu, kita pulak buat kat isteri kita...secara automatiknya, isteri kita dapat faedah hasil dari didikan tak langsung orang tua kita...

Begitulah juga kesannya pada anak-anak kita sekarang...

Nanti diorang dah besar, dah kahwin, diorang akan buat macam mana kita buat pada ibu mereka...kalau kita suka marah isteri kita, nanti anak-anak marah isteri dia...kalau kita suka pukul isteri kita, nanti anak-anak pukul isteri dia...kalau kita kedekut dengan isteri kita, nanti anak-anak kedekut dengan isteri dia...



Apa yang kita buat tu, menjadi ikutan anak-anak kita...

Dan kesannya berantai...turun ke cucu, cicit dan sebagainya...siapa yang teraniaya? Anak perempuan orang lain yang kawin dengan anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit kita...puncanya dari siapa?

Kita la...kita tunjuk contoh yang tak baik kepada anak-anak masa kita jadi suami...

Sebab tu, tak rugi pun layan isteri kita dengan baik, dengan makruf...sebab kesannya nanti, pasangan kepada anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit kita pun akan menerima faedah yang sama...

Akan dilayan dengan baik oleh suami mereka...siapa yang memulakannya?

Kita...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,415 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen