"Baik Single Daripada Bersama Orang Yang Salah."

 

Perkahwinan ini bukan satu perkara yang mudah, di mana kalau difikir-fikirkan ia agak rumit dan menakutkan. Walaupun begitu, setiap manusia tentu sahaja ingin mencuba nasib mereka di alam perkahwinan ini. Walaupun ibarat perjudian, tetapi siapa tahu kalau anda berjaya memboloti segala kemenangan bukan.


Buat mereka yang single dan menanti jodoh ini tentu sahaja berharap agar ia segera berlaku perkahwinan dalam hidup anda. Ini kerana, sebagai fitrah manusia anda tentu sahaja ingin rasa disayangi dan menyayangi seseorang dalam hidup anda, sebab itu sering kali anda merasakan bahawa perkahwinan ini menyeronokkan dan membahagiakan.



Namun begitu, perlu diingatkan dalam teruja anda melihat kebahagiaan perkahwinan anda perlu lebih berhati-hati dalam mencari jodoh ini. Bukan apa, kadang kala bila anda telah meletakkan satu harapan yang tinggi akan tetapi bila tak capai target tentu sahaja anda yang akan terluka bukan? Sebab itulah kalau nak capai target anda, anda perlu pilih dengan berhati-hati.



Sebabnya, anda nak bersama dengan pasangan pilihan anda itu dalam satu jangka masa yang panjang. Bukannya untuk sehari dua ataupun untuk seminggu tetapi kalau boleh untuk sepanjang hayat bukan. Sebab itulah pentingnya pasangan yang sesuai dan tepat.

Cuba anda bayangkan kalau anda tersalah pilih pasangan hanya kerana anda tak sabar nak berkahwin. Apa akan jadi pada hubungan dan masa depan anda. Tentu bukan seperti yang anda harapkan bukan? Malah tentu ia akan menjadi satu perkara yang menakutkan buat anda.



Sebab itu, ada mereka yang pernah berkahwin dan tidak miliki jodoh yang panjang bersama pasangan sentiasa mengingatkan bahawa “baik single daripada bersama orang yang salah”. Sebab itu nak bersama pasangan ini bukan hanya cukup jika saling dasar cinta sahaja, tapi rasa tanggungjawab dan kesediaan nak serius itu tiada.

Jadi, lebih baik kalau anda nikmati dulu zaman bujang anda dan jangan terburu-buru dalam pilih pasangan. Biarlah apa orang nak kata, pedulikan itu semua, malah seseorang yang tepat akan datang sesuai dengan kesediaan diri anda. Jangan bimbang, setiap manusia kan ada jodohnya tersendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,652 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen