Perempuan Ini Bukan Mata Duitan, Wang Ringgit Itu Bonus Je. Lelaki Selalu Sangat Salah Faham.

 

Mudah sangat orang sekarang ini kalau cop wanita mata duitan. Bagi mereka, wanita ini kalau bagi duit tersu sahaja akan jatuh cinta, dan menurut segala kata-kata. Bahkaan kalau tak ada rupa yang menyedapkan mata tetapi kalau ada wang tentu sahaja wanita akan mudah dekat.


Sebab itulah, bila nak uji kasih sayang sahaja akan diukur melalui wang ringgit. Berapa banyak nak bagi wang dekat isteri, bila isteri merajuk belikan emas dan pelbagai lagi.

Wanita ini memang suka jika dimanjakan dengan wang ringgit, namun begitu bukannya dirinya mencari pasangan semata-mata inginkan wang ringgit sahaja. Mereka ini juga mahukan perhatian dan kasih sayang dari pasangannya.

Senang cerita macam ini sahaja, oorang perempuan ini kalau diberi wang dia ambil kalau tak beri dia tak memintalah.



Tak percaya?

Mungkin bagi anda, wanita akan lebih memilih wang ringgit berbanding rupa paras. Tetapi anda perlu tahu bahawa wanita ini lebih memilih untuk rasa dicintai dan dihargai oleh seseorang yang disayangi. Bua tapa kalau ada duit banyak sekalipun tetapi dirinya tak merasai kasih sayang dan cinta dari suaminya.

Sedangkan, cinta dan kasih sayang itu lebih membuatkan seseorang itu lebih bahagia berbanding dengan wang ringgit. Ini kerana, dia tahu bahawa suaminya mempunyai masa untuk perhatikan dirinya serta meluangkan masa buat dirinya. Kan itu lebih berbaloi.



Jika anda merasakan bahawa wanita itu mata duitan, tentu ramai wanita akan memilih untuk hidup senang berbanding sanggup susah senang bersama seseorang. Namun begitu, ramai wanita lebih memilih untuk hidup susah senang dengan seseorang yang dia cintai berbanding terus senang bersama seseorang yang belum tentu mencintai dirinya.

Apa yang anda perlu tahu adalah, buat wanita kekayaan wang ringgit itu adalah bonus sahaja. Dia akan bersyukur jika bertemu jodoh dengan seseorang seperti itu. Akan tetapi dia juga akan bersyukur jika berjodoh dengan pasangan yang menyayangi dirinya.

Jadi buat lelaki, jangan ukur wanita itu berdasarkan wang ringgit. Akan tetapi ukurlah dengan keikhlasan hatinya. Sebab itu yang wanita mahukan sebenarnya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen