Lebih Baik Dicintai Dari Mencintai, Benarkah Begitu?

 

Setiap orang memiliki kisah cinta yang unik. Ada yang penuh dengan warna warni malah ada juga yang penuh dengan tangisan serta diselimut duka. Ada juga yang menyatakan bahawa cinta itu tak semestinya perlu dimiliki, boleh jadi ia sekadar datang untuk menguji hati dan perasaan kerana, cinta sebenarnya akan hadir pada waktu dan saat yang tepat. Itu yang selalu membuatkan ramai orang keliru dengan cinta yang sebenar.


Cinta itu kadang terasa pahit, tapi pasa masa yang sama ia juga ada manisnya. Kadang kala cintu itu penuh dengan rasa sakit akan tetapi ia juga akan dipenuhi dengan rasa bahagia. Bila cakap cinta ini memang rumit dan mengelirukan sebenarnya.



Ada sahaja daripada kalian tentu pernah rasa sakitnya terluka, itu belum lagi rasa sakitnya untuk ambil langkah untuk move on bukan. Ya… kalau diamati cinta ini bukanlah perkara yang sebahagia yang di sangka, akan tetapi lebih banyak melukakan hati sendiri.

Orang kata, kalau terlalu banyak berharap dalam cinta ini, itu yang membuatkan anda akan rasa terluka dan disakiti. Cuba kalau berharap pada Allah tentu sahaja anda akan lebih segera untuk bangkit dan cepat untuk move on jika terluka dalam satu hubungan sesame manusia. Tapi itulah, ketika bercinta ini anda memang begitu leka bukan.



Macam mana nak bahagia dalam cinta ini?

Ada yang menyatakan memilih seseorang yang mencintai anda itu adalah lebih baik berbanding mencintai seseorang yang belum tentu memiliki perasaan yang sama dengan anda.

Mengapa begitu pula?



Ini kerana, apabila seseorang mencintai anda, dia akan cuba sedaya upaya untuk penuhi segala keinginan diri anda. Di mana, dia akan cuba untuk buat anda bahagia. Akan tetapi jika anda memilih seseorang yang mencintai anda, belum tentu dia mahu membuat anda bahagia ataupun ingin membahagiakan anda. Boleh jadi, hatinya tak ikhlas mencintai anda seadanya.

Namun begitu, hati ini mana boleh paksa bukan. Apa-apa pun yang anda rasakan, itu semua belum tentu mampu diubah dengan hanya memilih. Jadi adalah lebih baik kalau anda percaya dan yakin akan segala aturan jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Cepat atau lambat, semua orang akan bertemu jodoh mereka, yang membezakkan adalah masa kalian bertemu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen