Dalam Menegur Isteri Jangan Lupa Untuk Menjaga Air Mukanya, Itukan Salah Satu Tanggungjawab Suami.

 

Suami ini memang ada ego dan air muka yang sangat tinggi. Nak-nak lagi depan orang ramai, lagilah dia punya ego itu jelas kelihatan. Akan tetapi kalau bab-bab menegur isteri ini, lebih baik ketepikan sahaja ego itu. Kerana apa? Kerana dengan menegur isteri mengikut ego suami, ia sebenarnya memberi kesan kepada hubungan anda sendiri.


Bila suami menggunakan satu teguran yang kasar, tentu sahaja isteri akan turut menjadi kasar seperti teguran isteri itu. Ramai suami-suami ingat dengan teguran yang kasar akan buat isteri turut kata suami, malah takut nak lakukan silap lagi. Tapi sebenarnya, isteri makin hilang hormat pada suaminya malah lagi sukar dibimbing.

Ini sedikit nasihat daripada Firdaus Shakirin yang suami-suami kena faham dalam membimbing isteri kelak.

Kalau nak tegur isteri, jangan tegur dengan cara menengking atau tinggi suara...

Takde sapa pun suka ditengking baik lelaki mahupun perempuan...Teguran yang kita bagi dengan cara menengking atau tinggi suara itu umpama mencurahkan air ke daun keladi, ianya sia-sia sahaja kerana tidak sampai ke hati dia...
Hanya ada kemarahan dihatinya kerana cara kita yang kasar, tidak beradab, tidak menghormatinya dan kata-kata yang kita gunakan tidak sopan...

"Bodoh, itu pun tak tahu..."



Walaupun kita tengah marah, walaupun diri kita di luar kawalan, jangan sesekali menegur isteri dengan maki hamun...
'Makan dalam' dan dia akan ingat sampai bila-bila...

Jadi, kalau nak tegur isteri, biarlah berlemah lembut dan menggunakan kata-kata yang baik, yang sopan...jangan tegur isteri didepan orang ramai, jangan memalukan dia dengan cara sebegitu...ajak dia ke tepi, bisik pada telinga dia akan apa salah dia...



Lagi bagus, kita yang betulkan kesilapan isteri tu...

InsyaAllah, teguran kita tu dapat menyedarkan dia tentang apa salahnya dan dapat mengelakkan dia daripada melakukan kesilapan yang sama tu berulang kali...

Jaga airmuka isteri sama...itu juga salah satu daripada tanggungjawab suami..

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 629,188 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen