Nak Nikmati Masa Bujang Yang Bahagia, Jangan Follow Mereka Yang Begini Dia Media Sosial.

 

Sebagai orang bujang, tentu sahaja anda merasa sedikit kesunyian jika anda tidak bijak menggunakan masa yang ada ini. Nak-nak lagi jika anda ini seorang yang suka menghabiskan masa dengan media sosial, tentu-tentu sahaja akan lihat perkara yang romantiklah, lihat orang yang sibuk bercintalah ataupun lihat kata-kata yang kadang makan dalam juga.


Perkara-perkara yang sebegini sebenarnya akan mengganggu emosi anda sebenarnya. Ia akan timbulkan rasa lebih tertekan dengan status diri anda malah ada juga yang akan membuatkan anda rasa kesepian yang melampau. Sebab itu pada saat ini penting jika anda menikmati sahaja tanpa fikirkan secara serius mengenai jodoh yang masih tak muncul.

Buat anda yang suka bermain media sosial dan masih single, ini tips untuk anda kekal bahagia tanpa tekanan.

1. Unfollow mereka yang belum berkahwin tapi sibuk menayang sana sini.

Ini yang membuatkan anda rasa bercinta itu seronok dan mampu bahagiakan anda membuatkan anda mencari pasangan hanya intuk bercinta dan bukan untuk berkahwin. Perkara ini jangan dijadikan contoh, kalau pasangan yang dah kahwin itu okay boleh jadi sumberi inspirasi tapi yang belum kahwin ini tak sesuai nak tengok banyak kali okay.

2. Unfollow tukang kritik.

Kahwin lambat kritik, perempuan macam ini kritik, lelaki macam ini pun kritik juga malah apa yang berlaku dalam rumahtangga pun nak kritik juga. Kalau anda jumpa orang yang macam ini, segera unfollow segera. Mana tidaknya, dia hanya membawa kesan negatif sahaja dalam hidup anda.



3. Mereka yang terlalu bagus dalam kehidupan.

Sikit-sikit nak tunjuk yang dia mampu miliki itu ini, sikit-sikit nak tunjuk bahawa suaminya mampu belikan itu ini. Yang ini pun sebenarnya tak seronok juga. Kalau dia memang kaya mungkin nampak dia mampu akan tetapi kalau sebaliknya, mungkin dia hanya berhutang atau beli sendiri tapi kata suami yang belikan. Yang ini pun tak seronok juga, nanti anda akan mempunyai niat untuk memiliki pasangan sebab harta benda sahaja.

4. Mereka yang ada masalah rumahtangga.

Kalau ada masalah tapi selesaikan secara baik tentu anda tak tahu, yang menjadi tahu bila ada masalah update dekat media sosial. Ini pun sebenarnya tak bagus untuk pemikirkan anda yang masih bujang, nanti anda merasakan bahawa dia memberi satu ketakutan untuk berkahwin.

Alah, senang cerita kalau perkara-perkara negatif dalam media sosial itu tak payahlah nak follow sangat. Follow yang baik-baik sudah le...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen