Nasihat Isteri Susah Nak Ikut, Tapi Kalau Nasihat Orang Lain Senang Je Nak Tadah Telinga.

 

Bila dah kahwin ini, pasangan adalah teman yang terbaik sebenarnya. Dia adalah orang yang sesuai memberi nasihat malah mendengar segala luahan anda. Apa yang paling bestnya adalah, segala rahsia anda akan selamat tersimpan dengan pasangan anda.

Tapi itulah yang ramai yang tak sedar akan kebaikan yang dimiliki suami isteri ini. Nak-nak lagi bab nasihat, memang susah sangat nak dengar nasihat pasangan. Akan tetapi kalau nasihat orang lain mudah je nak diterima dan diikut.


Kalau yang suami susah nak terima nasihat isteri yang isteri pun sama. Tapi kalau kawan-kawan nasihat, eh cepat sahaja terima dan ikut. Segala nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan semuanya elok, tak ada pun kurangnya. Tapi kalau pasangan beri nasihat, itu tak betul ini tak betul.

Banyak sebab sebenarnya mengapa anda perlu dengar nasihat dari pasangan anda.

1. Dia yang setia di sisi.

Anda susah ke senang ke, dia yang setia di sisi. Bila anda tak ada duit dia yang akan tolong, bila anda jatuh sakit pun dia yang akan merawat. Jadi anda boleh nampak betapa pentingnya pasangan ini. Kawan-kawan anda akan ada bila anda senang sahaja, waktu susah batang hidung pun tak nampak.



2. Dia tahu mana kuat dan lemahnya anda.

Pasangan anda ini menghadap muka anda setiap hari dan 24 jam, jadi dia tahu yang mana lemah anda dan yang mana kuat anda. Rakan-rakan anda tak tahu itu, yang dia nampak cuma akan hebatnya anda ataupun apa yang bagusnya anda, itu sahaja.

3. Beri nasihat lebih jujur kerana nak yang terbaik buat anda.

Pasangan anda ini bukan jenis yang akan tikam belakang ataupun sengaja nak susahkan anda. Akan tetapi dia akan berikan yang terbaik kepada anda kerana dia tahu dia pun akan mendapat nikmat yang sama. Tiada pasangan yang akan cuba menjatuhkan pasangannya sendiri. Lainlah kalau anda buat salah.



4. Kata-kata dan nasihat yang tepat buat anda.

Kadang mungkin kata-katanya agak pedas untuk anda telan, namun inilah yang terbaik buat anda sebenarnya. Bila kata-kata yang agak pedas orang akan lebih cepat terasa dan sentap bukan? Pasti anda akan menyedari akan segala nasihat yang makan dalam itu.

Pasangan adalah orang yang terbaik dalam memberi nasihat buat anda. Di lebih kenal anda luar dan dalam, jadi buat apa anda mendengar nasihat orang luar yang belum tentu ingin melihat anda bahagia. Mana tahu nasihat orang luar itu hanya sekadar permulaan nak menghancurkan diri anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen