Menghargai Itu Kadang Kala Tak Perlukan Wang Ringgit, Tetapi Cukup Sekadar Ucapan "Terima Kasih."

 

Dalam setiap hubungan, bila ada saling memahami ini ia akan menjadi lebih bahagia sebenarnya. Ini kerana, rasa dihargai itu sendiri akan membuatkan seseorang itu bahagia walaupun bukan dengan kemewahan wang ringgit.


Setiap orang tentu mempunyai cara yang tersendiri dalam menghargai seseorang. Mungkin cara anda tak akan sama dengan yang lain, tetapi yang penting pasangan anda dapat merasai dihargai barulah hubungan yang terbina akan lebih bahagia. Namun begitu ada beberapa cara sebenarnya tidak begitu sesuai dalam menghargai pasangan ini, boleh jadi ia akan mendatangkan kepada faktor yang lain.

Ada orang menghargai menggunakan wang ringgit. Di mana, pasangan yang dicintai itu akan dimewahkan dengan apa sahaja. Apa sahaja yang diminta murah atau mahal tentu sahaja akan dituruti. Sekarang ini ramai yang mahukan dihargai sebegini sebenarnya kerana merasakan wang ringgit itu adalah segalanya. Akan tetapi buat apa mampu pakai baju mahal-mahal, kereta banyak-banyak bahkan duduk di rumah mewah kalau hati penuh dengan kesunyian.



Sunyi tiada belaian dari seorang suami, tiada perhatian darinya malah tiada gurau senda bersama yang anda cintai. Wang ringgit itu kadang kala cukup sekadar untuk memenuhi kehendak sahaja, tetapi untuk membuat anda rasa bahagia belum cukup rasanya.

Menghargai pasangan juga bukan dengan menuruti segala kemahuan dirinya. Di mana, segala kemahuan dirinya itu diikuti sehingga membebani diri anda sendiri. Dia nak itu ini, semua anda turutkan akan tetapi anda bukan seorang yang berkemampuan. Tapi kerana ingin membuat pasangan rasa dihargai serta kasih sayang anda, maka segala perkara anda relakan walaupun terpaksa berhutang keliling pinggang, akan tetapi bahagiakah anda?



Menghargai pasangan ini mudah sahaja sebenarnya. Tolak ketepi mengenai wang ringgit serta kemahuan dirinya. Akan tetapi hargai dengan setiap apa yang dilakukan walaupun sekadar dengan ucapan terima kasih. Seorang isteri akan gembira dan bahagia jika suaminya ucapkan terima kasih atas makan malam yang lazat. Manakala seorang suami akan terasa dihargai jika isterinya mengucapkan terima kasih atas penat lelah yang telah suami lakukan. Bukan lebih terasa di hati?

Bukan itu sahaja, pasangan akan terasa lebih dihargai apabila dirinya difahami di mana setiap perkara yang dilakukan itu. Pasangannya bertolak ansur, menghormati dirinya malah fahami penat lelah yang telah dilakukan.

Setiap orang mempunyai cara untuk diharagi, semuanya bergantung pilihan masing-masing. Mahu dilihat, ataupun mahu dirasai dan dinikmati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,914 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen