Bila Belum Ada Ikatan Yang Sah Walaupun Sudah Bertunang, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Rasanya bila sudah ada bakal jodoh ataupun tunangan ini, tentu ramai yang akan rasa begitu teruja dengan pasangan masing-masing. Mana tidaknya, orang kata OTW nak kahwin, dan menghalalkan hubungan itu yang lain macam sedikit.

Tapi kena ingat, anda baru nak halalkan hubungan bukannya sudah halal. Macam-macam boleh berlaku. Walaupun yang sudah berkahwin boleh bercerai berai, anda yang baru nak kahwin ini lain pula ceritanya nanti. Itu yang paling menakutkan sekali sebenarnya. Jadi sebelum nak buat apa-apa fikir dahulu jangan main buat je.


Selagi belum halal, jangan lakukan perkara ini dahulu. Ia bukan sahaja mengundang tak senang orang lain tetapi tak semua orang suka melihat anda bahagia.

1. Jangan nak hebohkan satu Malaysia.

Bukan anda sahaja yang ada kekasih hati atau tunangan ini, ramai lagi orang ada. So, kalau nak tunjuk aksi sweet pun tunjuk lepas dah halal. Dah jadi suami isteri yang sah, masa itu tak ada siapa pun yang ambil tahu. Tapi ini lain, masa belum kahwin bukan main post sana sini lepas kahwin senyap je.



2. Jangan nak terlalu berharap.

Selagi belum berlakunya akad nikah, selagi itulah masih belum yakin bahawa dia jodoh anda. jadi Janganlah nak berharap bahawa anda sudah berjaya memilikinya dan yakin dia jodoh anda. Malah paing selalu dilakukan, percaya sangat dekat pasangan dan yakin bahawa dia mampu bahagiakan anda, tetapi akhirnya siapa yang tahu.

3. Jangan nak berkorban sangat buat dirinya.

Biasanya sebelum kahwin segala perkara sanggup dikorbankan, tapi selepas kahwin wang ringgit pun nak berkira. Adalah lebih baik kalau anda bersederhana sahaja dalam hubungan. Tak payah nak berkorban macam-macam sangat, dia itu belum tentu lagi jodoh anda.



4. Jangan nak bangga sangat.

Dapat pasangan cantik, pasangan kacak tentulah nak bagi semua orang tahu. Tapi betul ke dia itu akan jadi jodoh anda, macam mana kalau jadi jodoh orang lain. Rupa paras, kekayaan dan keduniaan ini sementara je. Tak payah nak bangga sangat.

5. Jangan nak sweet sangat sampai lupa anda belum kahwin lagi.

Bila suruh buat aksi sweet dia paling win, kalah orang kahwin. Tapi bila dah kahwin tak ada pula aksi macam itu. Selagi belum kahwin jagalah batas anda. Bila anda lakukan perkara-perkara sweet ini selepas kahwin, lebih seronok sebenarnya.

Apa-apa pun selagi belum nikah, jangan yakin sangat dia jodoh anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,641 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen