Orang Lelaki Kalau Nak Kahwin Kena Bersedia Pikul Tanggungjawab Anak Isteri... Bukan Fikir Ada Orang Nak Urus Diri Anda Sahaja.

 

Sebagai seorang lelaki, bila nak kahwin ini kena tahu tujuan utama perkahwinan. Bukannya fikir bahawa perkahwinan ini memudahkan diri anda, macam;

1. Ada orang uruskan makan minum
2. Ada orang sediakan pakaian dan uruskan rumah
3. Ada peneman nak tidur.

Bukan itu tujuan sebenar perkahwinan, bila nak kahwin ini, anda perlu bersikap lebih matang dan rasa tanggungjawab itu lebih tinggi. Ini kerana, selepas berkahwin anda akan lebih banyak tanggungjawab di bahu anda.


Tanggungjawab Terhadap Isteri Dan Anak-Anak

Suami yang sengaja tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami terhadap isteri atau sebagai ayah terhadap anak-anaknya dikira sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah yang telah beliau ikrarkan dalam taklik semasa akad nikah.

Ia adalah sehahagian dosa besar kerana penipuan yang dilakukan terhadap harta isterinya adalah satu tindakan yang zalim. Tindakan untuk memutuskan silaturrahim dengan ahli keluarga rapat adalah juga tindakan yang menyebabkan dosa besar.

Suami yang mengabaikan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT di hari akhirat nanti. Semuanya akan disoal satu persatu adakah dia menunaikan amanah yang diberikan ke atas dirinya atau dia menghianatinya?

Jika dia gagal melaksanakan amanah tersebut, dia tak akan mudah melepasi timbangan amal di Mizan kerana semua orang-orang dibawahnya akan menuntut satu persatu kesalahan dan dosanya kepada mereka. Ketika ini seorang tak akan memikirkan nasib orang lain kerana masing-masing berada di dalam keadaan terdesak dan tertekan yang akan menentukan dirinya akan ke syurga atau neraka.!

Sesiapa yang memutuskan silaturahim tidak akan mencium syurga. “Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya: “Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim”. (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim)

Adalah menjadi kewajipan setiap suami dan isteri untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya. Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan menjadi renggang atau retak.

Perkara sebegini boleh menimbulkan ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci, fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan rumah tangga dan silaturahim dalam berkeluarga.

Begitulah juga dalam menghubungkan silaturahim ini Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah menyuruh seorang sahabat untuk tidak memutuskan hubungan silaturahim walaupun ia dizalimi atau disakiti oleh saudaranya itu, sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim:

Bahawa seorang sahabat bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturahim dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dan saya berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya memaafkan mereka tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat sebagaimana yang mereka buat?

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: ‘Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka kerana sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat yang demikian’.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen