Anda Teruja, Dirinya Tidak... Boleh Dah Berhenti Hantar Pesanan Dengan Mereka Yang Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Dalam mencari jodoh ini, tentu anda banyak pilihan. Dengan siapa yang anda selesa malah dengan siapa yang anda rasa sedikit tersuka. Akan tetapi yang mengecewakan adalah belum tentu mereka itu memiliki perasaan yang sama dengan anda.


Banyak pilihan itu sudah memudahkan anda tetapi nak perasaan ini tak boleh nak paksa pula. Akan tetapi, tak seronoklah kalau hubungan yang terbina itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Kalau dapat balas yang sama tentu lebih mudah bukan nak bincang pasal hati masing-masing.

Jadi kalau ada banyak pilihan, masa inilah anda pula lihat cara layanan dan sikapnya kepada anda. Kalau on barulah boleh terus confess. Nak tengok macam mana, tengok cara dia hantar pesanan kepada anda pun dan mencukupi.

1. Hanya membalas pesanan ketika boring.

Ini yang tak seronok ini sebenarnya, bila dia boring cari anda bila ada yang melayan dia buat tak tahu je. Paling sedih nampak dia online tapi tak hubungi anda pun. Aduh, kalau macam ini pilih yang lain jelah. Dia tak nak dekat anda kalau tak ada usaha nak berkomunikasi dengan anda.



2. Tak balas pesanan anda.

Sebabkan rasa macam tak yakin dia ini tak nakkan anda, maka anda hantarlah sedikit pesanan kepadanya. Tengok sama ada dia segera balas ataupun tidak. Kalau dia hanya sekadar read sahaja, ataupun online tapi abaikan pesanan anda, nak harap apa lagi bukan.

3. Menyatakan sesuatu yang lucah.

Selesa ke nak suka orang macam ini? Dia ini mendekati anda dengan tujuan yang lain. Lebih baik kalau anda segera jauhi orang yang macam ini. Lagipun fikiran mereka seperti ini sangat kotor.



4. Tak usaha kekalkan perbualan.

Nak tahu orang itu suka dekat anda ataupun tidak, dia biasanya akan terus menerus ingin berbual dengan anda. Kalau boleh tak nak tamatkan perbualan. Ada sahaja topik ingin dikatakan, tapi kalau macam nak tak nak je bualkan topik yang ada itu tentulah dia tak berminat dengan anda. Lagi-lagi kalau balas sekadar okay, baik, yelah. Apa itu?

5. Anda je yang carinya dulu.

Kalau dia suka, dia cari anda tapi kalau anda suka, anda cari dia. Tapi kalau selalu anda sahaja yang cari dia pula tidak, tak suka lah maknanya itu. Anda kena faham maksud yang tersirat itu. Baik cari yang lainlah, buat apa nak tunggu lagi.

Dengan hal-hal macam ni je anda dah boleh baca perasaan seseorang itu, buat apa nak teruskan perasaan anda kepadanya kalau dia pun tak sudi nak menerimanya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,289 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen