Bertemu Jodoh Atau Tidak, Kadang Kala Itu Hanya Sedikit Ujian Dari Allah.

 

Sudah bertahun ku menunggu…
Sudah banyak rakan-rakan yang bahagia bersama pasangan mereka…
Sudah banyak rakan-rakan yang sedang menanti hari bahagia…
Akan tetapi aku masih lagi tak nampak bayang siapa bakal menjadi pasangan buat diriku…


Setiap orang yang masih belum bertemu pasangan tentu tertanya-tanya, macam mana pasangan yang bakal menjadi peneman hidupnya itu. Mana tidaknya, pasangan orang lain anda dah lihat akan tetapi pasangan diri sendiri masih lagi tak nampak bayang.

Bukan tak berusaha akan tetapi itulah orang kata kalau jodoh itu belum sampai, cari macam mana pun belum tentu akan jumpa. Namun begitu, walaupun umur semakin meningkat, tentu anda masih lagi terus mencari pasangan sejati anda bukan.



Dalam mencari pasangan ini, jangan hanya tertumpu kepada mencari pasangan sahaja. Kalau boleh anda persiapkan segala mental dan fizikal anda. Barulah kalau tiba-tiba nak kahwin nanti bukan satu masalah buat anda, kerana apa? Kerana anda telah bersedia untuk berjuang dengan pasangan anda.

Tak cukup itu sahaja, anda perlu lebih matang dalam hidup anda. Di mana, jelas akan setiap keputusan malah tidak rasa ragu-ragu dalam apa yang anda lakukan. Jika anda tak matang, ia akan memberi kesan kepada diri anda kelak, nak-nak lagi kalau dah berumahtangga. Jadi kalau boleh, sebelum kahwin lagi kena ada sikap matang dalam diri itu.



Namun begitu, jangan terburu-buru dalam mencari pasangan. Walaupun umur dah meningkat jangan terlalu terburu-buru memilih pasangan. Ini kerana, pasangan ini bukan macam membeli ikan di pasar, tetapi dia adalah orang yang akan menemai anda hingga akhir hayat anda.

Perkara ini selalu sangat berlaku, nak-nak lagi buat anda yang sedang membujang dan single itu. Meletakkan harapan kepada seseorang yang belum tentu menginginkan anda itu adalah satu perkara yang tak sepatutnya berlaku. Ini kerana, jika kalian tak mampu bersama bukan ke itu akan hanya melukakan hati anda sahaja.



Dalam rasa bimbang, jangan begitu takut bahawa anda akan bersedirian sampai bila. Ini kerana, anda perlu lebih yakin bahawa jodoh anda akan tiba pada waktu yang tepat dan sesuai. Malah dirinya adalah orang yang boleh menerima baik buruknya anda juga.

Jangan terlalu mengejar, kerana jodoh ini boleh menjadi ujian dan tak bertemu jodoh pun boleh jadi ujian buat seseorang. Yang penting sentiasa sabar dan menanti sampai tiba waktunya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen