Wanita Yang Nak Berkahwin, Kena Bersedia Akan Ujian Ini Selepas Bergelar Isteri.

 

Selalunya ujian yang datang dalam perkahwinan ini dilihat sebagai ujian kasih sayang antara suami isteri. Ramai yang fikir bahawa ujian ini akan berlaku buat keduanya sedangkan ada juga ujian yang hanya berlaku buat suami atau isterinya sahaja. Masa inilah baru betul-betul teruji. Jika sebelum berkahwin sanggup renangi lautan api, selepas berkahwin itu semua belum tentu lagi.


Buat bakal-bakal isteri, nak berkahwin ini bukan hanya tahu masak di dapur sahaja, akan tetapi ia juga perlu membuatkan anda berfikiran lebih matang serta bersedia fizikal dan mental. Ini kerana, selepas berkahwin anda tak tahu apa yang anda diharungi anda.

Antara ujian-ujian buat isteri selepas kahwin ini kadang kala akan bermain dengan emosi sendiri, jadi bakal-bakal isteri kenalah bersedia.

1. Suami tak mampu turutkan kehendak

Biasanya sebelum kahwin, teman lelaki anda tentu sahaja mampu turutkan segala kemahuan anda. Akan tetapi selepas berkahwin lain pula jadinya. Mana tidaknya, bukan tak mampu turutkan kehendak anda akan tetapi kadang kala kehendak anda itu di luar kemampuan mereka. Itu yang mereka tak mampu tunaikan.



2. Suami lagi banyak kerenah

Jika masa bercinta anda lihat pasangan anda itu mudah sahaja nak uruskan, jangan terkejut kalau selepas kahwin dirinya bukan sebegitu. Boleh jadi selepas kahwin, kerenahnya akan menguji dirinya. Terutama bab-bab uruskan hal di rumah, anda sebagai isteri kenalah sabar.

3. Ada yang datang menghasut.

Orang perempuan ini biasanya ramai rakan gosipnya, malah kadang kala suami sendiri pun jadi bahan gosip mereka. Akan tetapi jangan mudah percaya kata-kata mereka bulat-bulat. Sebabnya belum tentu mereka ini nak membimbing dan membantu anda tetapi boleh jadi nak musnahkan rumahtangga anda sahaja. Bahaya walaupun kawan baik anda sendiri.



4. Rasa diri lebih bagus dari suami

Ini biasanya berlaku apabila dirinya mempunyai jawatan yang lebih tinggi berbanding suaminya. Biasanya mereka yang berkerjayalah. Walau setinggi mana pun pangkat anda di tempat kerja, apabila di rumah anda perlu taat pada suami anda kerana dia ketua keluarga.

5. Tak percaya pasangan

Orang perempuan ini memang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang ataupun drama-drama yang mereka tonton, itu yang membuatkan dirinya kurang percaya pada pasangan. Anda kena dapat penjelasan suami dahulu untuk setiap perkara yang mencurigakan, kalau anda tak yakin barulah jangan percaya suami anda.

Sebagai isteri anda kena lebih banyak sabar dalam hubungan ini, kerana itulah akan menjadi penguat diri anda dan mencapai kebahagiaan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen