Ilmu Kewangan Rumahtangga Ini Bukan Boleh Buat Main, Ini Bahaya Yang Perlu Anda Tahu.

 

Bila cakap pasal kewangan rumahtangga, tentu-tentu tak ramai pasangan yang memahami kewangan rumahtangga yang jelas. Bahkan anda yang menganggap bahawa jika wang mencukupi hingga hujung bulan itu tandanya bahawa kewangan masih lagi terkawal.


Bila dah kahwin, baik suami mahupun isteri kerana bijak menguruskan kewangan. Yang isteri tentulah kena bijak berbelanja dan yang suami kenalah bijak menyimpan. Kalau dua-dua tak bijak dalam menguruskan kewangan tentu akan beri masalah kepada kewangan rumahtangga.

Nak tahu apa kesan kalau taka da ilmu kewangan yang betul dan mencukupi? Ini Mohd Fhais kongsi 5 kesan yang perlu anda ambil perhatian.

5 Kesan Dalam Rumahtangga Bila Tak Ada Ilmu Kewangan

1 - Jadi Hamba Wang

Tak fikir panjang. Nak kahwin buat personal loan, nak beli kereta ambil yang maksimum mampu bayar bukan paling minimum, tak cukup duit guna kad kredit. Sudahnya menyesal. Anak dah tiga personal loan tak habis lagi.

Sesal dahulu jadi income, sesal kemudian jadinya kerja bayar hutang.



2 - Kehendak Jadi Keperluan

Apa sahaja yang melibatkan emosi itu kehendak. Keperluan ni perkara yang wajib ada, jika tak ada boleh mati.
Disebabkan tak ada ilmu kewangan, kehendak pun boleh jadi keperluan. Kerja besar kalau tak ada kereta besar nanti boleh mati. Mati akal kena kutuk dengan kawan.

3 - Merungut Gaji Tak Cukup

Berapa pun pendapatan tak menentukan kekayaan. Nak kaya kena rajin menyimpan bukan belanja. Gaji kecil tu salah syarikat tapi simpanan kosong tu salah kita sendiri!



4 - Tunggu Kaya Baru Nak Melabur

Bila tak ada ilmu macam-macam alasan boleh keluar untuk membetulkan diri sendiri. Bila hati tak dapat hidayah cakap apa pun memang tak akan dengar, semua kena cop sesat.

Orang lain kerja setahun dua dah ada rumah berbiji biji dia kerja dah bertahun tahun, satu rumah pun tak ada.

5 - Isteri Pula Jadi Banker

Isteri pula jadi mangsa. Suami yang nak buat bisnes, isteri pula yang kena buat loan. Berjaya tak apa lagi tapi ada juga yang bisnes melingkup, isteri tetap tanggung bayar ansuran tersebut.

Salah satu punca command of chain dalam rumah jadi huru hara ini la. Bila yang wajib bagi nafkah culas, mana nak datang respect tu.

Ya, wang ringgit tak boleh beli kebahagiaan tapi wang ringgit boleh beli rumah yang selesa, kereta yang selesa, katil yang selesa dan kehidupan yang selesa.

Wallahu A'lam,

Mohd Fhais
Ilmu kewangan wajib ada bila dah berkeluarga

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,710 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen