Lafaz Taklik, Jangan Mudah Lupa . Itu Perjanjian Antara Suami Isteri Yang Perlu Sentiasa Diingati.

 

Perkahwinan ini bukan hanya menyatukan dua hati ataupun menunaikan segala janji. Ia lebih dari apa yang anda sangkakan. Ia seperti satu tanggungjawab yang akan anda pikul dalam satu perjalanan yang jauh yang anda tak tahu sampai bila.

Mungkin kalau dilihat secara rawak, ada yang menganggap bahawa perkahwinan ini satu kebahagiaan akan tetapi kalau tak bersedia dari segi mental dan fizikal, belum tentu anda mampu harunginya sehingga ke penghujungnya.

Buat yang belum berkahwin, mungkin menganggap bahawa lafaz taklik itu hanya sebagai syarat sahaja selepas nikah, manakala yang sudah berkahwin mungkin ada yang menganggap bahawa ia sekadar janji-janji yang boleh diabaikan akan tetapi ramai yang tak faham dan jelas akan kegunaan lafaz taklik itu sendiri.

Sedikit perkongsian daripada Firdaus Shakirin, buat lelaki yang bakal bergelar suami dan sudah menjadi suami akan peringatan bahawa lafaz ini tidak boleh dipandang enteng.


Lafaz taklik...

Lafaz yang dibaca sejurus selesai upacara akad nikah...kita yang jadi suami pada hari ini, masih ingatkah akan apa yang dilafaz kita didepan tok kadi? Atau dah lupa?

Posting ini adalah sebagai peringatan kita yang bergelar suami..."kontrak" perjanjian yang kita telah tandatangani dihari pernikahan kita yang dipanggil TAKLIK adalah seperti dibawah :



“Adalah saya (nama suami) dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan isteri saya (nama Isteri) sama ada saya meninggalkan dia dengan sengaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan berturut-turut atau lebih dan dia tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah atau:

(3) saya melakukan sebarang mudharat kepada tubuh badannya, penganiayaan atau lain-lain darar syarie terhadapnya, dan apabila dia mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu TERTALAKLAH dia (nama Isteri) dengan SATU TALAK khuluq.”

Lafaz taklik setiap negeri tak sama dan boleh rujuk dibelakang sijil nikah...jgn anggap perkara ni remeh...Sekiranya berlaku perlanggaran pada syarat taklik diatas, maka berlakulah perceraian...



Jalankan tanggungjawab kita supaya "kontrak" itu sentiasa bleh diguna pakai...jika tidak, isteri boleh "tebus kontrak" tu dengan nilai seperti yang tertera ditaklik tersebut...

Tolong ambik tahu...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,121 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen