Betul Ke Lelaki Lipat Lengan Kemeja Nampak Macho?

 

Citarasa kita semua adalah berbeza dalam semua hal. Berkenaan pandangan kita terhadap sesuatu perkara juga berbeza. Sebab itulah kita dikatakan saling melengkapi kerana ada yang kita suka, dia tak suka dan begitulah sebaliknya.


Sering kita dengar wanita suka akan lelaki yang melipat lengan kemejanya ke atas aitu paras siku. Apa kelebihannya ya?

Ada yang berpendapat bahawa lelaki yang mempunyai badan yang sasa sangat sesuai melipat lengan kemeja ke paras sikut kerana ia akan memperlihatkan ketegapan badan dan lengannya. Wah, dengan lengan baju pun boleh buat wanita cair ya. Apakah lelaki yang berwajah tampan sahaja yang menjadi daya tarikan wanita atau ianya tidak mengira rupa?



Selain itu, ada juga wanita yang berpendapat bahawa lelaki lebih kelihatan kacak apabila memakai kemeja berwarna hitam dan melipat lengan kemeje tersebut. Kiranya itu adalah pakej yang dimiliki lelaki tersebut. Jadi, lepas ni para lelaki bolehlah selalu mengenakan kemeja berwarna hitam untuk memikat hati si gadis. Jangan lupa lipat lengan baju ya.



Namun ada saja wanita yang lebih suka melihat lelaki berpakaian apa pun asalkan nampak kemas dan bersih. Meski tidak melipat lengan kemeja, dia masih kelihatan segak dengan cara pemakaiannya yang tersendiri. Sebaiknya sebagai lelaki, jika mahu keluar dating atau ke tempat-tempat tertentu, pakailah kemeja T yang berkolar supaya kelihatan lebih kemas berbanding memakai kemeja T yang berleher bulat.

Wanita yang setia akan menerima pasangannya apa adanya. Jika anda sanggup mengubah penampilan demi si dia, lagi dia suka. Namun jika anda kekal dengan cara anda, mungkin si dia tetap terima asalkan sedap mata memandang dan tidak kelihatan selekeh. Jadi, walau apapun pekerjaan anda, penampilan adalah penting kerana ianya juga melambangkan peribadi anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,507 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen