Jatuh Cinta Dapat Kuatkan Imun Kaum Wanita Terhadap Penyakit. Menarik Ini...

 

Apa yang anda tahu akan jatuh cinta? Seseorang yang akan saling sayang menyayangi antara satu sama lain? Cinta bertepuk sebelah tangan? Perjuangan hubungan untuk ke jinjang pelamin. Haa… semua perkara ini melibatkan cinta antara lelaki dan wanita.

Orang mungkin akan berfikir bahawa gen dalam tubuh tidak dapat berubah kerana ia adalah pembawaan dan perkembangan yang hanya berlaku pada tahap tertentu. Sebagai contohnya, anda mungkin tak akan boleh bertambah tinggi ataupun berubah bentuk hidung pada waktu ini.


Akan tetapi, ada satu perkara uang boleh mengubah gen secara semulajadi, iaitu jatuh cinta. Tak percaya bukan? Sebabnya yang kita semua tahu, cinta ini hanya melibatkan perasaan akan tetapi kesannya jauh lebih besar daripada yang kita fikirkan.



Satu kajian yang dijalankan di University of Califonia mendapati bahawa perubahan genetic berlaku apabila seorang wanita jatuh cinta. Pengkaji telah mengambil contoh darah wanita yang jatuh cinta dan mendapati perubahan dalam pengeluaran interferon dalam tubuh badan.

Jatuh cinta ini menguatkan lagi pengeluaran interferon.

Apa itu interferon?

Interferon ini adalah protein yang biasanya digunakan untuk melawan jangkitan virus. Dalam erti kata lain, jatuh cinta menguatkan gen imun wanita terhadap penyakit. Perbezaan ini jelas dapat dilihat pada wanita yang sedang jatuh cinta. Ini kerana, wanita yang tidajk jatuh cinta mempunyai tahap protein yang rendah.



Peningkatan pengeluaran interferon ini dicetuskan oleh lebih banyak pelepasan oksitosin hormone yang juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

Jadi jangan terkejut kalau anda berasa lebih sihat dan lebih bahagia disaat anda jatuh cinta, kerana cinta ini dapat mengubah gen [ada tubuh badan dengan cara yang positif.

Selamat jatuh cinta wanita!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,537 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen