Hati Manusia Ini Allah Yang Pegang, Bila Suka Tapi Tak Dilayan Cuba Selitkan Namanya Di Dalam Doa Anda Setiap Hari.

 

Kadang kala, bila dah terlalu suka dekat seseorang kita akan mulakan langkah dengan terlalu mengejar dirinya. Di mana, ia merasakan satu perkara yang paling baik yang kita oleh buat agar dia nampak usahanya. Sedangkan, sedikit pun dia tak pandang akan diri anda. Malah, dia sentiasa memandang yang lain.

Biasanya orang tak akan nampak kalau anda sentiasa di sisi, tetapi bila dah kehilangan barulah dia sedar akan pentingkan kehadiran anda di sisinya.


Bukannya tak ada orang lain, akan tetapi dia yang paling selesa dan seronok bila bersama. Tapi itulah hanya anda sahaja yang merasakan perkara itu, dia pula rasa sebaliknya. Dah berulang kali anda tunjukkan usaha bahawa anda menyukai dan senang bersamanya, tapi dia seolah-olah tak nampak usaha itu.



Bila dah luahkan, tetapi ditolak, malah dan berulang kali ditolak. Akan tetapi anda tak pernah putus asa, ada cara sebenarnya untuk membuat dirinya terima akan anda.

Hati manusia ini, Allah yang pegang. Dia yang boleh bolak balikkan hati seseorang. Nak buat rasa suka, nak hilangkan rasa suka, semuanya terletak kepada Allah. Jadi macam mana nak buat?



Apa kata kalau anda berdoa kepada Allah agar dijodohkan dengannya. Ini perkara yang paling utama anda perlu lakukan. Jangan hanya berusaha nak pikat hatinya sahaja, akan tetapi tiada namanya dia dalam doa anda. Setiap kali selesai solat, jangan lupa untuk meminta kepada Allah agar dijodohkan kepadanya. Mungkin kesanya agak lambat tetapi percayalah lambat atau cepat tentu akan berhasil.

Selain dari itu, jika sebelum ini anda terlalu terkejar-kejar dirinya, apa kata kalau selepas ini anda berhenti mengejar dirinya. Letakkan segala urusan jodoh ini kepada Allah. Anda kan sudah berdoa kepada Allah agar memohon kepadaNya. Jadi jangan terus mendesak dirinya, akan tetapi undurlah diri dahulu. Bukan undur bermaksud membiarkan ia pergi tetapi beri dia ruang untuk tercari-cari anda pula.

Kadang kala, bila anda mula senyapkan diri tanpa ada paksaan, ia akan membuat dirinya terasa kelihangan. Akan tetapi kalau dirinya tak merasakan semua itu, maka lebih baik kalau anda membuka pintu hati anda kepada orang lain. Itu adalah lebih baik dari mengharap sesuatu yang tak pasti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,954 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen