Aku Tak Baik Tapi Dapat Jodoh Yang Baik....

 

Selalu bila cakap pasal jodoh ini tentu akan ada suara-suara menyatakan bahawa “orang yang baik jodohnya orang baik juga, manakala orang jahat jodohnya akan jahat juga”. Selalu sangat dengar ayat macam ini bukan? Sampai yang kurang baik itu agak takut nak mecari jodoh, mana tidaknya kalau dia bertemu yang dengan lebih jahat darinya bagaimana.

Ustaz Habib Ali Zainal mengatakan bahawa ayat tersebut adalah salah satu syariat yang Allah turunkan sebagai panduan bahawa orang yang baik akan memilih mereka yang baik sebagai pasangannya dan mereka yang tidak baik akan lebih cenderung memilih pasangan yang tidak baik.


Kalau secara bahasa yang mudah iaitu pasangan yang sekufu.

Ayat Al-Quran ini bukan merupakan janji Allah yang mengatakan mereka yang baik pasti akan mendapat pasangan yang baik. Ayat ini hanyalah panduan untuk kita berusaha mencari pasangan yang baik untuk kita.



Jika terjadi sebaliknya, maka itu bukan kerana silapnya ayat Allah melainkan satu ujian untuk kita.

“Allah ingin menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNya bila mana ketika diuji dengan manusia yang tidak sekufu dengan kita. Diuji dengan manusia yang mungkin jauh daripada Allah.”

Ujian untuk kita sama ada kita berjaya untuk membawa dia kepada Allah, ataupun kita yang terpengaruh dengan dia meninggalkan Allah.

Jadi jangan takut nak cari jodoh, siapa pun diri anda atau apa pun perbuatan yang pernah anda lakukan itu, jangan takut. Jika anda merasakan banyak perbuatan jahat yang telah anda lakukan, maka mohonlah ampun kepadaNya dan bertaubatlah. Sesungguh orang-orang yang bertaubat itu adalah mereka yang disukai Allah.



 “Baik” atau “tidak baik” seseorang manusia adalah rahsia Allah dalam menentukan soal jodoh. Kita tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah ajarkan kepada kita.

Kadang kala kita akan lihat, pasangan dia baik sangat namun dia pula sebaliknya. Jangan terlalu mudah untuk menilai kerana anda tidak tahu dalamannya bagaimana. Boleh jadi dari luar sahaja dia sebegitu, namun dalamannya lebih baik dari yang anda sangkakan.



Boleh jadi kalau dulu kita jahat, sekarang ini kita baik. Sebab itu Allah hadirkan pasangan yang baik buat kita. Begitu juga dengan, kalau dari dulu kita ini baik tetapi pasangan kita ini adalah orang yang jahat, ingatlah ia adalah ujian yang memudahkan kita untuk ke syurga.

Tiada sesiapa pun berhak menilai dia itu baik ataupun jahat, hanya Allah sahaja yang mampu menilai semua itu. Semoga kita diberikan jodoh mengikut keinginan kita. Setiap orang ada masa lalunya...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,161 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen