Suami Bukan Maksum, Suami Pun Buat Salah... Jangan Nak Ikutkan Sangat Ego Tak Bertempat Itu Bang.

 

Kalau dah jadi suami tentu ingin rasa dihormati, manakala yang isteri pula tentu ingin rasa disayangi. Namun begitu, kalau dua-dua ada ego tersendiri tak akan dapat rasa apa yang diinginkan itu. Baik lelaki atau perempuan dua-dua ada egonya, cuba bayangkan kalau dua-dua ikutkan sangat ego yang ada itu, memang tak ke manalah hubungan tersebut.

Akan tetapi dalam perkahwinan ini, isteri-isteri sanggup korbankan ego mereka kerana kasihnya terhadap suami, tetapi suami masih lagi merasakan bahawa dia yang paling berkuasa dan egonya perlu dipertahankan. Sampai bila nak bahagia macam itu.

Buat suami-suami yang tak nak kurangkan ego kerana rasa ego lebih penting dari hubungan dengan isteri, ini sedikit pesanan daripada Fridaus Shakirin buat anda. Cuba Hadam dan fahami.


Lelaki ada ego, perempuan pun ada ego...

Tapi adakalanya kita yang lelaki ni ego tak bertempat...

Setiap kali berbalah, bergaduh, walaupun dah terang-terang kita yang salah, kita yang menyakiti hati isteri, kita yang melukakan hati isteri, ada kita minta maaf? Ada?



Jarang-jarang....kadang-kadang...1 dalam seribu...

Kita nak diri kita dihormati sebagai seorang suami, tapi pernah tak kita tanya, "Apa yang aku dah buat untuk aku dihormati?" Bila last kita jadi imam kepada isteri kita? Bila last kita ajar dia mengaji al Quran? Bila last kita bersembang tanya keadaan diri dia...

Lama dah tinggal...lama dah tak buat...atau tak pernah buat...

Kita nak isteri taat kat kita, tapi kita still buat maksiat...macam mana isteri nak jadi solehah pada suami yang tak soleh...? Umpama ketam ajar anak berjalan lurus...

Faham?



Kita nak isteri layan kita macam raja...semua serba serbi kelengkapan, keperluan kita, kita nak isteri penuhi dengan TIP TOP, tapi kita dah penuhi keperluan isteri ke belum? Hak2 yang dia sepatutnya dapat, kita bagi tak? Kita ada buat dia macam hamba, macam orang gaji, macam kuli tak?

Isteri tegur kita, isteri nasihat kita...kita tak boleh terima, kita pukul dia...kita ugut dia...kita kata dia kurang ajar, kita kata dia derhaka...

Suami bukan maksum, bang...

Kita pun ada silap, ada salah, ada buat dosa...kena ada orang tegur, kena ada orang nasihat untuk kita sedar...jangan sombong, jangan bongkak, jangan takabbur...



Kita bukan malaikat, kita manusia...

Cermin diri kita dulu bang...tengok atas, tengok bawah..."Kelayakan" untuk jadi suami tu, ada ke tak pada diri kita dengan apa yang kita dah buat pada isteri kita...?

Renung-renungkan...

Nota kaki : Kita tulis macam ni pun, ada yang takleh terima...tiada sifat KETERBUKAAN dalam diri dia untuk terima kerana EGO...

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen