Jangan Cepat Melenting Kalau 5 Tahun Pertama Itu Hidup Tak Seindah Disangka. Kena Belajar Sabar, Barulah Dapat Rasa Bahagia.

 

Bila cakap pasal perkahwinan ini, tentu yang indah-indah sahaja bermain difikiran. Di mana, ada orang teman tidur, ada tempat bergurau dan bermanja, malah macam-macam lagi lah. Sebab itu bila cakap pasal kahwin ini ramai yang akan teruja dan seronok.

Sebabnya bila kahwin sahaja hidup dah bahagia serta dah lengkap dah, akan tetapi itu hanya angan-angan sahaa. Realitinya adalah bila mula alam perkahwinan ini, nak-nak 5 tahun pertama ini banyak perkara lagi yang perlu dipelajari dan kena redha.


Bukannya perkahwinan ini tak bahagia, namun pemikiran kita yang hanya memikirkan sesuatu yang bahagia membuatkan anda tak bersedia nak berdepan dengan ujian dan cabaran perkahwinan. Bila dah kahwin dan semua perkara tak jadi macam anda inginkan, itu yang mula nak melenting dan membrontak sampai lupa janji perkahwinan.



Orang selalu cakap 5 tahun pertama perkahwinan ini akan banyak cabaran dan dugaannya. Kalau tak betul-betul, memang boleh goyang sampai rasa nak berpisah. Akan tetapi kalau dah siap sedia sebelum kahwin lagi bahawa perkahwinan ini perlu kuat mental dan fizikal, tentu akan menjadi lebih bersedia nak berdepan dengan halangan yang mendatang.

Kenapa masa 5 tahun pertama itu kena lebih sabar dan jangan cepat sangat melenting?

Kan masih baru lagi dalam alam perkahwinan, tentu sahaja banyak perkara yang perlu dipelajari. Paling utama, macam mana nak sesuaikan diri dalam hidup serta nak faham pasangan. Jangan masa ini anda harapkan semuanya akan menjadi mudah sebab dah lama bercinta, sedangkan ianya satu yang rumit. Orang kata, masa kahwin dengan masa bercinta ini berbeza. Nak tahu, kenalah kahwin dahulu.



Biasalah, kata nak bahagia tadi… Nak bahagia ini bukan mudah, tentulah perlu berdepan dengan kepayahan dahulu. Sebab itulah ada istilah susah senang bersama-sama. Sebabnya, masa baru-baru kahwin ini tentulah akan payah sikit, hidup pun tak lah selesa mana. Yelah, baru belajar nak hidup bersama kan.

Macam dalam angan anda akan hidup rumah yang telah lengkap serba serbi, akan tetapi realitinya akan hidup dengan rumah yang masih belum lengkap sampaikan tidur pun hanya beralaskan tilam sahaja. Tapi inilah yang akan jadi pahit manis perkahwinan. Lagi-lagi buat anda yang berkahwin dengan orang biasa ini.



Sebab itu, bila fikir nak kahwin ini jangan lihat yang bahagia bersama pasangan sahaja, tetapi jenguk-jenguk juga saat perit yang tak dijangka bersama pasangan. Bila anda bersedia dari segi mental dan fizikal, maka perkahwinan akan lebih mudah dan bahagia. Itulah nikmat kebahagiaan sebenar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen