Berkahwin Dengan Anak Tunggal. Best Ke Tak?

 

Kalau dah jodoh, tidak kemana. Jika kita ditakdirkan berkahwin dengan seseorang yang merupakan anak tunggal pula bagaimana? Adakah banyak kelabihan atau banyak kekurangan? Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri, kita sebagai orang yang hanya meihat, tidak boleh judge apa-apa jika kita sendiri tidak pernah melalui.


Kata orang, anak tunggal ni manja dan merupakan anak mak. Kalau kahwin dengan lelaki anak tunggal nanti mesti dia akan selalu berkepit dengan maknya? Itulah tanggapan kepada lelaki anak tunggal. Kenali dulu hatinya dan kehidupannya. Jangan mudah beranggapan sedemikian jika belum tahu, takut jatuh kepada fitnah pula. Tidak semua anak tunggal lelaki sebegitu. Ada yang dari kecil dia diajar berdikari supa apabila dewasa nanti dia tidak semata-mata bergantung kepada ibu bapanya.



Mungkin benar, ada segelintir anak tunggal yang susah nak berpisah dengan ibu bapa walaupun sudah berkahwin. Namun sebagai pasangan, perlulah bertoleransi sedikit, mungkin ada cara atau penyelesaian tertentu untuk masalah ini. Jika si dia adalah isteri anda, benarkan dia untuk tinggal bersama ibu bapanya di awal perkahwinan, pada masa yang sama anda perlu juga memujuknya supaya berpindah ke rumah sendiri kerana itu adalah lebih baik. Janji kepadanya bahawa apabila cuti menjelang, anda izinkan dia pulang ke rumah ibu bapanya. Lama-kelamaan dia sendiri akan faham, lebih-lebih lagi jika sudah punyai anak kelak.



Yang biasa dianggap ‘anak mak’ ini tidak semestinya anak tunggal. Boleh jadi anak sulung juga anak mak, anak bongsu juga anak mak. Jadi, tohmahan terhadap anak tunggal adalah tidak begitu tepat kerana tidak semua anak tunggal adalah begitu. Kadangkala, anak sulung yang paling manja dalam adik beradik pun ada.

Perangai dan sifat itu adalah bergantung kepada individu itu sendiri, bukan bergantung kepada dia anak ke berapa dalam keluarga. Jadi, usahlah takut untuk berkahwin dengan anak tunggal. Apa yang penting, kenali dulu dirinya dan hubungannya dengan ibu bapanya. Lama-lama anda akan tahu jika dia tidak seperti yang anda fikirkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen