Teruk Sangat Ke Jerebu Kat Tempat Awak Sampai Awak Tak Nampak Effort Saya?

 

Dalam setiap perhubungan, effort adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa si dia benar-benar bersungguh atau main-main sahaja. Effort adalah usaha dalam melakukan sesuatu contohnya jika dia merajuk, sekurang-kurangnya anda ada effort untuk memujuk walaupun tidak berjaya. Walaupun kecil, effort itu di anggap sesuatu yang berharga oleh seseorang yang terlibat. Untuk menjadikan hubungan itu sentiasa manis, rajin-rajinlah lakukan sesuatu yang boleh menambat hati si dia.


Adakala sebelum adanya apa-apa ikatan atau orang muda kata belum declare lagi, effort sepatutnya telah wujud. Khasnya kepada lelaki, jika anda berkenan pada seorang gadis, tunjukkan effort anda untuk mendapatkan cintanya. Jangan hanya melihat dari jauh sahaja, pasti si dia tidak akan perasan kehadiran anda. Paling tidak, cuba kirim salam dan nyatakan anda ingin berkawan dengannya. Jika si dia terima anda sebagai kawan, kemudian barulah boleh fikir untuk ke hubungan yang serius pula.



Kadang-kadang wanita sengaja buat-buat tidak perasan terhadap sesuatu perkara, dia mahu lihat usaha daripada anda. Sejauh mana anda boleh berusaha untuk menawan hatinya. Tidak perlu dimewah mewahkan dengan wang ringgit, cukuplah dengan sekuntum bunga ros untuk memujuk hatinya yang sedang merajuk.

Begitu juga ketika sambutan hari lahir atau ulang tahun perkahwinan, tidak perlu bawa ke restoran mahal untuk meraikan, cukuplah dengan sekeping coklat dan bunga sebagai tanda ingatan dan keromantikan anda. Jika ada wang lebih, bolehlah bagi lebih. Maknanya di sini tidak semua effort perlukan harga yang tinggi, effort tanpa wang ringgit juga ada, ianya bergantung kepada kita tentang bagaimana cara untuk membuatkan si dia kembali ceria.



Walaubagaimanapun, jika anda sebagai wanita tidak terlihat effort daripada si dia, bukanlah disebabkan jerebu atau apa-apa. Ianya mungkin disebabkan memang tiada effort yang ditonjolkan oleh si dia. Jerebu tiada apa-apa kaitan di dalam hal ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,747 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen