Teman Lelaki Tengah Kumpul Duit Kahwin, Dia Beri Aku Murtabak Maggi Sempena Hari Jadi Aku. Ikuti Kisah Sebak Daripada Wanita Ini

 

Lelaki mana yang tak teruja nak sambut hari lahir pasangannya, namun adakala tak semua keadaan itu mengizinkan untuk dia berbuat demikian. Berikut adalah perkongsian daripada seorang wanita mengenai teman lelakinya yang sedang kesuntukan wang namun berusaha untuk mengembirakan pasangannya dengan cara tersendiri.


‘Aku nak cerita pasal apa yang berlaku masa birthday aku bulan lalu. Masa tu aku tahu dia tengah kumpul duit kahwin, aku pun pernah cakap kat dia jangan usik duit tu kalau tak ada apa-apa hal penting. Dia gaji 7 haribulan, birthday aku hujung bulan, jadi aku tahu waktu tu dia memang kering sementara tunggu 7 haribulan. Waktu tu kawan-kawan office aku belikan kek untuk aku, pada masa yang sama dia agak terasa sebab tak belikan kek atau hadiah untuk aku’.



Wanita ini tidak mengharapkan apa-apa pun daripada teman lelakinya kerana dia tahu si dia ada komitmen dan sedang menabung untuk menghalalkannya juga. Namun tanpa dia sangka, “Lepas balik kerja petang tu dia ajak aku keluar malam nanti. Aku cakap tak payahla kan tak ada duit. Tapi dia memujuk lembut supaya aku bersetuju untuk keluar malam itu. Dia bawa aku ke Dataran Stadium Bola Sepak Larkin. Bila sampai sana, dia keluarkan satu bekas, dalam tu ada murtabak maggi yang diletakkan cheese di atas. Lalu dia kata ‘Happy Birthday Mek’..”

Langsung tidak menjangka effort yang ditunjukkan oleh si dia meskipun tidak dapat membawanya makan di tempat mewah atau belikan kek harijadi, namun ada usaha yang dia sendiri lakukan. Menurut wanita ini, teman lelakinya sempat berkata “Kalau beli kek mesti tak kenyang kan? So saya masak ni je untuk birthday awak. Lagipun saya duduk rumah bujang, tak boleh masak special, ni je paling special”. Ujarnya.



“Tipula kalau aku tak rasa sebak waktu dia cakap macam tu, aku tahu dia memang tengah berusaha kumpul duit nak kahwin dengan aku, dan aku nampak effort dia untuk gembirakan aku walaupun dalam keadaan dia tak cukup duit”, jelas wanita itu.

Tidak semua lelaki mempunyai effort sebegini dalam perhubungan. Benarlah, ada seribu satu cara untuk membahagiakan orang tersayang meski bukan dengan wang ringgit. Kepada lelaki, ketahuilah bahawa wanita sebenarnya mahu lihat effort anda dalam hubungan, bukannya dibelai dengan wang ringgit. Kepada wanita pula, hargailah dia yang menggunakan apa yang ada demi membahagiakan anda dengan apa jua cara sekalipun.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,757 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen