Rasa Marah Ini Jangan Nak Diikut Sangat, Nanti Menyesal Sendiri. Ini Tips Kawal Rasa Marah.

 

Ada orang mudah marah tapi cepat reda, ada pula yang lambat marah tapi sekali dah marah lambat pula nak reda. Namun begitu, emosi marah ini sudah tentulah bukan satu perkara yang baik, sama ada untuk diri sendiri ataupun orang sekeliling. Mana tidaknya sekali dah marah, lupa dekat orang yang dicintai. Sebabnya dah ikut emosi sangat bukan.

Akan tetapi ada cara nak kawal emosi marah ini, seperti yang dikongsi Mohd Fhais ini. Semoga bermanfaat.


10 Cara Jinakkan Emosi Marah

Lebih baik marah dalam keadaan terkawal daripada marah sehingga menyesal gara-gara buat tindakan terburu buru.

1 - Fikir sebelum cakap

Ketika marah otak rasional pasti hilang kawalan, apa yang keluar dari mulut seratus peratus adalah dari emosi semata. Berdiam diri adalah jalan terbaik.

2 - Bila dah boleh tenang baru luahkan

Yup, marah tetap satu masalah yang kena di urus. Makin parah jadi nanti kalau tak urus. Bila dah tenang, dan minda kembali waras baru berbincang. Bincang la dalam keadaan yang tegas bukan merungut.



3 - Buat senaman

Menurut pakar psikologi, sebarang aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari dan bersukan dapat meredakan emosi stress dan marah. Manakala duduk tanpa buat apa-apa akan meningkatkan lagi bahaya stress dan marah. Senam bukan sahaja sihat fizikal, emosi pun sihat.

4 - Dapatkan rehat yang cukup

Tak cukup rehat, terlalu penat, tidur tak berkualiti antara punca otak fikir jadi lemah. Bila ada sesuatu perkara yang menganggu atau cetus kemarahan, kita akan mudah tewas dengan emosi.



5 - Bertindak sebelum marah

Kadang tu pencetus kemarahan kita sama je setiap hari. Anak sepahkan mainan, suami tak menolong di rumah dan perkara-perkara yang dah boleh di jangka. Ambil tindakan awal sebelum marah, contoh simpan mainan tempat yang anak tak boleh capai, nak main minta dengan kita. Tak sepah tak marah la.

6 - Tukar "awak" kepada "saya"

"Awak ni tolong la saya buat kerja rumah" tukar kepada, "Saya penat la awak, tolong saya kejap"

Jujur cakap apa kita rasa adalah cara terbaik untuk elakkan marah. Jangan duk nak cakap berlapik sangat, api dalam badan tu tak ada siapa nak tolong nanti.



7 - Jangan berdendam

Memaafkan adalah senjata paling kuat. Daripada simpan dendam dan biarkan diri kita tenggelam dengan rasa marah dan segala emosi negatif, lebih baik maafkan sahaja. Dengan memaaf kita boleh belajar dari kesilapan dan menguatkan silaturrahim.

8 - Senyum & Ketawa

Pakar perubatan kata, orang yang marah dan stress untuk 1 minit, sistem imun badan dia akan jadi lemah selama 4-5 jam dan mudah di serang sakit masa tu. Manakala jika ketawa 1 minit je sistem imun badan akan meningkat untuk 24 jam. Jadi ketawa la banyak-banyak.

9 - Amalkan skil bertenang.

Masa tengah marah jantung berdenyut laju, urat jadi tegang, bahu mengeras, bulu roma meremang dan adrenalin meningkat mendadak. Nak tenangkan emosi, badan kena tenangkan dulu. Tarik nafas dalam-dalam, relaxkan badan dan semua organ. Badan dah tenang baru fikiran tenang.

10 - Berani dapatkan bantuan

Mengawal emosi lebih mencabar daripada nak bersalinkan anak. Tak semua orang boleh buat sendirian. Jika emosi marah terlalu luar kawalan cepat cepat la dapatkan bantuan sebelum jadi sesuatu yang berbahaya dan menyesal nanti.

Ketika marah perkara yang paling kita takut bukan la hilang kewarasan tapi kita paling takut ialah bila kita hilang kepercayaan orang yang paling kita sayang.

Sekali ahli keluarga hilang kepercayaan sampai bila-bila mereka akan meragui kita.

Wallahu A'lam,

Mohd fhais
Marah boleh di kawal, takdir tak boleh

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,896 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen