Orang Lelaki Kalau Bab Ayat Perempuan Memang Berani Tapi Kalau Nak Buat Ini, Boleh Pucat Muka.

 

Selalunya kalau bab ayat mengayat ini memang serah dekat lelaki sahajalah, mereka ini memang pakar bab-bab ini. Itu yang mana-mana wanita akan cair dengan mereka. Tak kisahlah wanita itu berhati keras sekalipun, mesti cair punya.


Bab-bab ini, memang orang lelaki power akan tetapi bab macam mana yang buat lelaki ini mula goyang tak senang duduk. Ingat orang lelaki ini berani sangat ke? Kalau bab tabur janji manis memanglah dia berani akan tetapi nak bukti cinta pada pasangan itu yang agak ragu-ragu.

Orang lelaki ini anda beberapa perkara yang mereka takutkan kalau melibatkan hubungan. Biasanya bila betul-betul dah bersedia barulah mereka akan berani lakukan perkara ini. Apa perkara itu?



1. Luahkan perasaan cinta.

Nak kata sayang, orang lelaki memang susah nak kata. Nak kata cinta lagilah susah nak dengar. Akan tetapi kalau dah lama kenal baru sekali dia sebut akan perkara itu, haa… itulah tandanya dia sayang betul dekat anda. Kalau baru-baru kenal dah sayang-sayang ini, jangan nak percaya sangatlah.



2. Kenalkan anda pada rakan-rakan.

Kalau orang perempuan ini cepat sahaja dia kongsi kisah pasal hubungan mereka, kalau orang lelaki ini lain. Dia akan rahsiakan dahulu sampailah betul-betul bersedia nak bagitau dekat rakan-rakannya. Mana tidaknya, dia takutlah kalau pilihannya itu kurang disenangi oleh rakan-rakannya. Mana tidaknya, orang lelakikan berpegang kepada brotherhood.



3. Kenalkan kepada ibu bapa.

Bukan mudah nak kenalkan dekat ibu bapa, anda pun tentu berdepan dengan perkara ini bukan. Jadi bila dia dah beranikan diri nak kenalkan anda pada ibu bapanya maka itu adalah tanda dia begitu serius akan hubungan kalian. Kalau dah sampai tahap ini, maknanya dia serius dengan hubungan kalian. Tak payah nak risau sangat dah.



4. Saat pertama kali bercinta.

Orang lelaki ini kalau nak mulakan langkah masa bercinta laju je. Namun begitu, kalau putus cinta mereka ini yang paling lambat nak move on. Tapi ikut orang juga. Biasanya orang lelaki anggap cinta pertama ini paling serius dan memang-memang tangkap cinta habislah.

Tak semua mampu buat semua ini, tapi ramai yang terkandas nak move on bab cinta pertama ini. Sebab inilah yang paling sukar. Apa-apa pun hargai seseorang yang hadir dalam hidup dan berjuang untuk hubungan kalian.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen