Bila Nak Berkenalan, Janganlah Tanya Soalan Ini. Cliché Sangat...

 

Bila nak mengurat atau berkenalan dengan seseorang, cuba guna ayat yang sedap didengari. Janganlah guna ayat-ayat zaman purba, itu bukan lagi taknik yang sesuai nak berkenalan dengan seseorang, lebih malang lagi ayat macam itu hanya buat orang itu turn off je.


Bukan itu sahaja, kadang kala tanya soalan yang sensitive pula, memang terus kena reject lah walaupun anda tak tunjukkan apa-apa usaha lagi. Mana tidaknya, sekarang inikan dah guna pickup line, tak pun gunalah ayat-ayat yang hipster sikit barulah seronok sikit si dia nak membalasnya.

Nak tahu ayat macam mana yang buat seseorang turn off di saat awal perkenalan, ini beberapa ayatnya;



1. Hai, dah ada pakwe/makwe belum?

Kalau dah nampak dia sedang cari jodoh, tentu-tentulah belum berpunya. Lagi-lagi kalau nampak tulis single dekat status dirinya, tentulah dia masih belum berpunya. Kenapa nak tanya soalan sebegitu. Ini tersangatlah ketinggalan zaman okay.

2. Tengah buat apa?

Cuba anda bayangkan kalau dia tengah memasak, memandu ataupun sedang tidur, adakah dia akan membalas pesanan anda? Tentu sahaja tidak. Sudah tentulah pada ketika itu dia sedang membalas pesanan anda, jadi apa yang anda nak dia balas terhadap pertanyaan anda itu. Cuba untuk tanya sesuatu yang lebih menarik minatnya lagi.



3. Kenapa putus dengan bekas kekasih?

Perlu ke soalan sebegini? Tentu sahaja tak perlu. Soalan ini bukan sahaja sensitive malah dia rasa annoying dengan anda. Mereka putus dan berpisah sebab tak ada jodoh lah. Stop tanya soalan seperti ini. Anda memang tak buat dia hilang minat okay.

4. Awak betul-betul nak kahwin ke?

Kalau dirinya sedang mencari pasangan, tentu sahaja dia berniat untuk berkahwin. Kalau sekadar nak suka-suka tentu dririnya tak akan tumpukan kepada perkara macam ini. Cuba lihat dimana tempat anda berkenalan dengannya.



5. Pertanyaa lucah.

Ini lagi tak patut ditanya. Anda akan kelihatan sangat biadap kalau bertanya soalan seperti ini. Kalau niat nak cari jodoh, jangan tanya soalan seperti ini okay.

Ayat yang pertama semasa proses perkenalan ini sangat memainkan peranan okay. Nak-nak lagi kalau anda ingin dia terus berhubung dengan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,754 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen