Usia 23 Hingga 25 Tahun Adalah Waktu Sesuai Untuk Berkahwin, Ini 6 Sebab Anda Perlu Tahu.

 

Akan ada orang yang, “eh! Kenapa nak kahwin cepat-cepat ni, relax lah nanti umur 30tahun kahwin lah”.

Akan ada juga yang, “dah nak masuk 25 tahun ini, satu jodoh pun tak nampak lagi”.

Bahkan ada juga yang, “menyesal dulu tak cari awal, sekarang susah nak cari pasangan”.

Ada yang mana antara semua itu? Mencari jodoh awal bukan bermaksud anda kena kahwin awal. Malah ia bukan juga menyatakan bahawa anda masih muda dan perlu tunggu lagi. Nak cari jodoh ini bukannya sehari dua dah dapat, tak akan esok nak kahwin hari ini baru cari jodoh tentu tidak bukan.

Nak cari jodoh ini sebab nak kenal dulu, nak simpan siap-siap biar tak kalut dan macam-macam lagilah. Sebabnya susah nak cari jodoh ini kan, betul tak?



Kalau cari awal-awalkan lebih banyak pilihan jika nak bandingkan dengan bila umur semakin meningkat. Tapi itu semua terpulang pada individu, kerana ada yang memilih nak miliki kestabilan hidup dulu baru berkahwin.

Namun begitu, umur yang paling sesuai untuk berkahwin adalah diantara umur 23 hingga 25 tahun, mengapa?



1. Jadi lebih matang.

Pada umur ini biasanya masing-masing mula mencari hala tuju hidup. Namun jika berkahwin pada umur ini, rasa tanggungjawab dalam rumahtangga itu akan membuatkan kalian akan lebih matang. Malah perkahwinan ini akan mematangkan anda secara semulajadi.

2. Bimbing antara satu sama lain.

Jika yang bujang masih mencari keseronokkan hidup, jika anda sudah berkahwin lain pula caranya. Di mana anda akan membimbing antara satu sama lain, yang mana lebih kea rah mencari redha Allah serta mencari kerberkatan hidup. Bukan itu sahaja, anda juga mungkin akan saling menasihati akan hidup ini.



3. Elak dosa.

Biasalah orang muda ini selalunya lebih mudah leka akan kehidupan dunia. Namun, perkahwinan diusia ini mampu bantu anda untuk mengelakkan apa yang sepatutnya. Nak-nak lagi dosa antara lelaki dan perempuan ini.

4. Mengejar impian bersama.

Paling seronok sebenarnya adalah ini, setiap orang tentu mempunyai impian bukan. Maka anda dan pasangan akan saling berganding bahu untuk kejar impian bersama. Di sini, anda akan rasa lebih bersemangat dan teruja kerana ada sokongan yang tersayang.



5. Subur.

Sudah tentu perkara ini akan lebih bermain difikiran wanita, kerana jika umur semakin meningkat, masalah kesuburan juga akan semakin berkurangan. Maka ini adalah salah satu sebab mengapa wanita lebih memilih untuk berkahwin awal.

6. Menikmati perkahwinan.

Jika berkahwin pada usia yang muda, tentu sahaja anda akan dapat menikmati perkahwinan anda seperti pasangan yang bercinta, akan tetapi cinta yang halal. Itu yang menyeronokkan sebenarnya. Malah hidup pun tak sunyi kerana ada pasangan di sisi.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,770 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen