Masih Lagi Single, Tak Jumpa Yang Sesuai Atau Anda Ada Masalah Ini?

 

Bukan tak usaha nak cari jodoh ini, dah usaha akan tetapi masih lagi belum nampak tanda-tanda bahawa jodoh itu akan semakin menghampiri. Boleh jadi masih jauh lagi jodoh itu, itu yang tak nampak bayang pun. Kadang kala dah penat dan letih nak jawab soalan orang, bila nak kahwin, bila nak naik atas pelamin sedangkan bukan tak cari atau nak membujang sampai ke tua namun jodoh yang tak namapk bayang lagi.


Orang lain tak faham apa yang anda rasa. Yelah, rasa perit nak cari pasangan hidup. Nak-nak lagi umur semakin meningkat, ibu ayah pula makin banyak bebelannya. Itu yang rasa macam tertekan sedikit bukan. Tak cukup dengan itu, rakan-rakan pula dah sibuk naik pelamin dan ada yang dah berkeluarga sediri. Lagilah membuatkan anda terasa makin tua, betul tak?



Tapi itulah, kadang kala usaha yang telah dilkeluarkan itu tak cukup barang kali. Mungkin perlu lebih lagi usaha yang perlu dijalankan. Antara sebab kenapa jodoh masih tak nampak bayang lagi ini yang paling jelas sebenarnya.

1. Terlalu sibuk dengan dunia sendiri.

Ada yang masih sambung belajar, ada juga yang sibuk dengan kerjanya. Malah macam-macam lagilah yang disibukkan sampai bab-bab jodoh ini akan diketepikan dahulu. Mana tidaknya, kalau anda sibuk dengan perkara-perkara ini, ia hanya membuatkan anda tak sempat nak cari jodoh. Kadang kala itu, nak layan dekat laman cari jodoh pun tak ada masa juga. Lagi-lagi bila dah penat dan sibuk, siapa je nak layan benda remeh macam itu kan?



2. Pergaulan sosial anda tak luas.

Tak salah nak mempunyai rakan dalam kuantiti yang kecil, namun adalah lebih baik kalau anda memiliki kenalan yang ramai. Ini kerana, barulah anda dapat saling bertukar idea dan pendapat. Malah secara langsung untuk kenal dengan lebih ramai orang. Mana tahu ada jodoh yang terselit disitu. Kalau anda hanya sibuk dengan kerja, maka pergaulan anda hanya sekadar rakan sekerja sahajalah, yang akan anda jumpa setiap hari.



3. Sibuk fikirkan bekas kekasih.

Ini yang paling parah sebenarnya. Kalau anda masih berharap bahawa bekas kekasih anda akan pulang ke pangkuan anda, itu silap besar sebenarnya. Adalah lebih baik kalau anda move on dan berkasih sayang dengan orang lain. Itukan lebih baik dari mengharap seseorang yang tak pasti.

Nak cari jodoh ini perlukan usaha sebenarnya. Jangan hanya berharap dan menunggu jodoh akan datang mencari anda. Kan lebih baik kalau sama-sama saling mencari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,312 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen