Memang Tak Selesa Bila Kena Kencing Kotor, Wanita Mudah Dijangkiti. Ini Tips Elak Dijangkiti.

 

Wanita dikatakan lebih mudah untuk dijangkiti kencing kotor berbanding orang lelaki. Menurut kajian, hampir 50% wanita akan mengalami kencing kotor atau jangkitan kencing sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Daripada jumlah ini, 20% daripada mereka yang pernah terkena kencing kotor akan mengalaminya lagi.

Secara amnya, wanita lebih mudah mendapat penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai salur kencing (uretra) yang pendek dan berada berdekatan dengan dubur (anus).



Biasanya, pembuangan air kencing secara tidak sengaja apabila pundi kencing mendapat tekanan akibat batuk, selesema teruk, mengangkat benda berat, ketawa dan juga semasa mengadakan hubungan seksual.

Tekanan yang dihadapi menyebabkan otot-otot dan tisu yang menyokong pada bahagian pundi kencing menjadi lemah.



Tanda-tanda masalah kencing kotor;

1. Pedih semasa kencing

2. Kerap kencing

3. Tidak dapat mengawal kencing.

4. Kerap kencing malam

5. Sakit bahagian ari-ari

6. Kencing keruh / berbau / berdarah

7. Radang buah pinggang akut

8. Demam,sejuk dan menggigil

9. Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang

10. Loya dan muntah

11. Tanda-tanda dan gejala radang pundi kencing

12. Renjatan septik – perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.

Selain itu, terdapat juga kes di mana kencing kotor tidak menunjukkan sebarang tanda secara fizikal.

Walaupun kencing kotor biasanya boleh diatasi dengan antibiotik atau rawatan di rumah, namun ia boleh menjadi teruk sekiranya anda tidak segera mengambil tindakan.



Bagaimana nak elakkan perkara ini?

Tips mengelakkan kencing kotor di kalangan wanita;

1. Sentiasa bersihkan dan keringkan bahagian kemaluan anda

2. Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH 3.8 - 4.2

3. Bersihkan dubur dan bahagian kemaluan dari depan ke belakang setiap kali selepas anda buang air

4. Banyakkan meminum air supaya kuman dapat dikumbah dari sistem saluran kencing

5. Kosongkan pundi kencing setiap dua hingga tiga jam. Jangan amalkan menahan aktiviti kencing.

6. Amalkan membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin terutamanya mereka yang baru berkahwin.

7. Seboleh-bolehnya, pakailah seluar dalam berkapas yang dapat menyerap lembapan.

8. Tukar tuala wanita dengan kerap semasa haid

9. Elakkan memakai seluar jeans denim yang ketat

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen