Kalau Dia Pernah Block Anda, Maknanya Dia Betul-Betul Sayangkan Anda.

 

Seringkali kita dengar apabila pasangan kekasih bergaduh, tidak kira bergaduh sebab apa sekalipun, pasti nanti salah seorang akan menyekat atau block pasangannya. Mungkin terlalu marah dan bengang, mungkin tidak mahu diganggu buat sementara waktu, mungkin mahukan waktu bersendirian untuk tenangkan fikiran dan meredakan keadaan. Semuanya ada kemungkinan.



Jika sudah bercinta selama lebih 3 tahun, takkanlah tak pernah bergaduh sehingga block memblock kan. Biasanya tempat pertama akan di block adalah whatsapp, kemudian facebook dan Instagram, kemudian twitter dan jika terlampau marah, diblocknya juga nombor anda. Maksudnya anda tidak boleh menghantar sms dan menelefon si dia lagi. Jaga-jaga, jika sudah sampai tahap block call tu maksudnya kes ini sudah terlalu parah.



Walaubagaimanapun, anda patut rasa beruntung jika pasangan anda pernah block anda sewaktu bergaduh atas hal-hal tertentu. Itu tandanya dia sayangkan anda. Dia mahukan anda untuk menujuk dan mencarinya. Jika benar itu salah anda, apa salahnya pergi lah pujuk si dia. Tak tahu macam mana nak hubungi kerana diblock? Apa susahnya, carilah surprise planner melalui facebook atau Instagram, buat pesanan kejutan berupa bunga atau coklat dan minta surprise planner hantar terus ke rumah si dia. Tuliskan I Am Sorry atau Please Unblock Me pada belon. Percayalah wanita mudah saja cair dengan tindakan sweet anda. Tidak lama kemudian pasti si dia akan unblock anda.



Gunalah teknologi terkini, macam-macam cara untuk pujuk seseorang. Jangan hanya menunggu si dia unblock dan text anda. Tak pasal-pasal nanti dikata anda taka da effort untuk memujuknya pula. Sebenarnya si dia inginkan perhatian daripada anda. Bukan block kerana benci, dia hanya mahu anda mengakui kesilapan, meminta maaf dan memujuknya smula. Itu sahaja. Jangan pula anda menambah kemarahannya dengan block kembali si dia. Jangan terlalu ego, kelak menyesal tiada guna.



Wanita tidak boleh lari daripada sifat keanakan meski semakin meningkat dewasa. Dia sentiasa ingin dimanja dan diberi perhatian. Kerana itulah apabila berlaku apa-apa masalah dalam perhubungan, wanita akan lebih sensitif dan boleh merajuk selama mungkin jika tidak dipujuk dengan cara yang betul.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen