Matahari Pun Keseorangan, Namun Masih Tetap Bercahaya. Jangan Bimbang Kalau Masih Lagi Sendiri.

 

Tidak disangka-sangka, ada juga segelintir daripada kita amat takut akan kehidupan ‘single’. Menurut mereka, setiap daripada kita perlu mempunyai pasangan kekasih, jika tidak, akan dipandang rendah dan dikatakan tidak laku. Persoalannya, pentingkah semua itu dan perlukah kita terdesak untuk mengejar apa yang dikatakan itu?



Tidak salah sama sekali jika hidup single tanpa adanya kekasih. Mengapa perlu ada kekasih jika tiada niat untuk mengahwini? Mengapa perlu ada kekasih jika setiap hari ada saja pertelingkahan dan makan hati? Mengapa perlu ada kekasih jika kehidupan single lebih bahagia dan bebas? Pastinya setiap orang punyai alasan sendiri mengapa dia memilih untuk tidak bercinta atau tidak mempunyai pasangan kekasih.



Tidak dapat dinafikan memiliki pasangan kekasih ada baiknya juga. Antaranya ada teman untuk meluahkan masalah dan ada seseorang yang sentiasa ada untuk kita ketika susah senang. Namun, menjadi single juga tidaklah menjurus kepada keburukan, banyak juga kelebihan dengan menjadi single. Usah jadikan hidup single itu satu perkara yang aneh dan dipandamg buruk. Sedangkan matahari juga keseorangan tetapi masih mampu memberi cahaya kepada orang lain.



Untuk bahagia, bukan hanya dengan memiliki pasangan kekasih, tanpa kekasih juga kita boleh bahagia. Mungkin orang lain bahagia dengan cara itu, mungkin tidak pada kita. Carilah kebahagiaan dengan cara sendiri. Ingatlah, munkin ada juga orang yang berada dalam perhubungan tetapi tidak bahagia dan mengimpikan kehidupan single seperti kita.



Semuanya bergantung kepada kita sendiri, jika kita sendiri yang merasakan perkara itu sebegitu, baik atau buruk, maka begitulah ianya kelihatan. Maka pentingnya kita menghargai apa yang kita ada saat ini. Usahlah dibandingkan dengan orang lain yang sememangnya kita tahu bahawa perjalanan hidup kita semua adalah berbeza.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,669 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen