5 Tahun Kumpul Duit Nak Halalkan Dia, Akhirnya Dia Terima Jodoh Pilihan Keluarganya

 

Impian seorang lelaki yang benar-benar tulus mencintai seorang wanita adalah untuk menghalalkan pasangannya. Dia sanggup bekerja lebih masa, lalukan dua kerja dalam sehari, demi mencari wang untuk mengahwini gadis idaman. Kadangkala lelaki tidak beritahu sesiapa tentang apa yang diusahakannya, cukup masa, cukup wang, dia sendiri akan berjumpa ibu bapa si dia.



Di saat seorang lelaki itu sedang bekerja keras untuk halalkan anda, jagalah hubungan tersebut dengan baik. Sebagai perempuan, jangan sewenang-wenangnya menuduh apa-apa jika si dia lambat membalas mesej atau tidak menjawab panggilan, mungkin si dia sedang bekerja. Tidak semua lelaki mengelak disebabkan sedang berlaku curang. Ada juga yang sedang berusaha mendapatkan apa yang dicitakan iaitu memiliki anda secara sah.



Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Ada juga apabila lelaki itu sedang mengumpul wang untuk hantaran dan perkahwinan, ketika itu dia diuji dengan pelbagai ujian. Kekasihnya dilamar orang lain dan ibu bapanya terima. Atau diuji dengan kekasihnya curang dengan alasan terlalu bosan kerana teman lelaki tiada masa untuknya. Sedangkan teman lelakinya sedang berusaha untuk menghalalkannya.

Walaupun begitu, lebih memedihkan apabila si dia terima pilihan keluarganya, mungkin lelaki itu lebih kaya, lebih mewah, yang menjanjikan kebahagiaan kepada si gadis. Membuatkan ibu bapanya yakin anaknya akan mendapat kebahagiaan berbanding jika disatukan dengan anda yang tidak sekaya itu. Adakala, meskipun sudah dijelaskan berkali-kali oleh anaknya tentang hubungan kalian yang telah lama, apakan daya sebagai anak akhirnya akan akur dengan keputusan keluarga.



Seorang lelaki itu bukanlah kuat untuk tempuh dugaan ini, telah lama dia berkorban untuk menghalalkan si dia, akhirnya si dia menjadi milik orang lain. Kebiasaannya apabila kes ini terjadi, lelaki tidak memilih untuk mencari pengganti, namun wang yang dikumpul akan digunakan untuk penuhi kemahuannya seperti memiliki motor berkuasa tinggi atau apa jua keinginan yang pernah terbatas sebelum ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,638 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen