9 Nasihat Berguna Daripada Post Ini, 'Isterimu, Bukanlah Bidadari Dan Kamu Bukanlah Malaikat'.

 

Daripada post viral, 'Isterimu, Bukanlah Bidadari Dan Kamu Bukanlah Malaikat...', kami rumuskan 9 perkara penting yang anda boleh pelajari.



1. Tidak kisah apa sebabnya, jika isteri anda menangis, peluklah beliau. Dalam dakapan anda, ada kedamaian, ketenangan dan 'warmth' yang tiada orang lain dapat beri.

2. Ada sebab isteri anda menegur anda atau meleteri anda. Bukan cerewet, bukan mahu 'pin-point' kesalahan anda, beliau tegur dan berleter sebab beliau kisah dan sayang anda. Kalau tidak sayang, isteri anda boleh ambil langkah untuk memperdulikan anda dan kelakuan anda sahaja. Lebih mudah dan tiada 'stress'. Apabila isteri anda tiba-tiba berhenti berleter itu, anda patut mula risau.

3. Apabila isteri anda berasa kurang senang dengan anda dan tidak pedulikan anda sangat, janganlah anda buat perkara yang sama. Cuba buang sedikit rasa ego, dan pujuk isteri anda. Baiki apa yang boleh sebelum terlambat. Ada masanya, anda dipujuk, tapi ada masanya juga, anda patut memujuk.

4. Secara figuratifnya: "Jika setelah dipujuk pun, isteri anda masih berdukacita, pujuk lagi." Secara literal: "Jika isteri anda beredar pergi ketika sedang bertengkar, kejar. Kejar laju-laju."



5. Apabila isteri anda suruh anda pergi itu, sebenarnya beliau tak mahu anda pergi pun. Be the higher person and do not let your anger win by actually leave. Duduk sahaja di situ. Tunggu kemarahan isteri anda reda. Kalau kemarahan anda reda dulu, anda cuba menyorok sekejap. Lepas satu dua minit, apabila kemarahan isteri anda sudah reda, masa beliau sedang tengok betul ke yang anda sudah pergi, anda main cak-cak dengan isteri anda.

6. Isteri ini, kadang kala waktu tidak marah pun tidak mahu makan. Apabila marah apatah lagi. Cuba anda beli makanan kegemaran isteri anda. Sedikit sebanyak dapat curah kemanisan dalam kemuraman isteri anda.

7. Walaupun pendapat umum selalu menyatakan yang wanita ini kompleks, sebenarnya wanita tidaklah susah untuk difahami. Hargai isteri anda.

8. Memilih jalan berkompromi bukanlah satu kekalahan, malahan lebih bererti kerana anda berdua boleh belajar untuk memahami keperluan sesama sendiri.

9. dan yang paling penting sekali, ingatlah bahawa memaafkan bukanlah petanda yang anda lemah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,844 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen