Jika Anda Pernah Berbual Akan Perkara Ini Bersama Pasangan & Tak Malu Untuk Berbincang Mengenainya, Itu Tanda Kalian Makin Serasi.

 

Selain daripada cari keserasian melalui gaya pemikiran dan sikap seseorang, serasi ini juga boleh timbul melalui perbualan seharian. Di mana, keserasian yang ada itu membuatkan kalian saling selesa antara satu sama lain dan tidak berpura-pura dengan pasangan.



Banyak orang masa bercinta, dia lebih memilih untuk berpura-pura dan menjaga hati pasangan. Ada juga yang memilih untuk jadi diri sendiri kerana ingin keselesaan bersama. Semua ini bergantung pada diri masing-masing. Malah, selalunya masa bercinta banyak perkara yang disembunyikan sampai ada yang nak kentut depan pasangan pun malu, tapi lain pula selepas kahwin.

Jadi kalau nak tahu yang kalian itu makin serasi ataupun makin akrab, di mana kalian sudah tak takut nak berbual atau menegur pasangan mengenai bab-bab ini. Ini kerana, kalian lebih untuk mendidik dan bukannya nak kecilkan hati pasangan.

1. Tak payah nak boros sangatlah, simpan sikit duit tak boleh ke?

Ini adalah perkara yang paling perlu. Di mana anda dan pasangan tak takut pun nak tegur mengenai kewangan. Mana tidaknya kalau tak tegur dan nak jaga hati pasangan sangat sekarang ini, bila dah kahwin nanti lagi susah nak tegur pasangan. Jadi ini sebenarnya satu teguran yang baik.



2. Kenalah pandai buat kerja rumah, barulah boleh kahwin.

Kerja-kerja rumah ini sememangnya bukan kerja orang perempuan sahaja, akan tetapi juga kerja orang lelaki. Jadi tak salah kalau masing-masing saling mengingatkan akan perkara ini. Malah ia bukannya satu perkara yang dirasakan sebagai perkara yang asing. Jika anda sefahaman akan perkara ini barulah lebih mudah untuk uruskan rumahtangga nanti.



3. Asyik pergi shopping mall je, apa kata pergi ke pasar pula.

Zaman-zaman bujang ini, memang jaranglah nak pergi pasar kalau tak mak suruh bukan. Jadi, bila ini menjadi topik perbualan anda dan pasangan serta kalian sudah boleh terima bahawa pasangan tak pandai pilih ikan atau sayur, di sini anda telah nampak kekurangan pasangan. Bukan ke lebih mudah nak faham nanti.



4. Tak malu nak cakap pasal kentut siapa lebih kuat.

Malu ke tak malu kalau kentut depan pasangan. Kalau kalian sudah terbuka mengenai bab ini, tentu sahaja kalian sudah selesa dan serasi bersama. Bukan semua pasangan boleh buat.



5. Haaa… tak balik lagi bukan? Masih lepak kan?

Walaupun anda ditipu tapi masih boleh chill lagi sebab faham pasangan, anda juga sudah mula serasi dengan sikap pasangan. Di mana, anda akan beri dia masa malah tak akan menyekat apa yang dia mahukan. Jadi hubungan lebih selesa dan relax.

Banyak lagi perkara yang memalukan tapi kalau kalian dah berani nak kongsi tentu sahaja akan timbul rasa selesa dan serasi untuk bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen