Masih Simpan Barang Pemberian Bekas Kekasih? Kalau Nak Move On Kena Buat Ini.

 

Macam mana nak move on, kalau barang-barang dari kekasih lama masih lagi disimpan. Macam mana nak lupakan bekas kekasih kalau anda masih lagi peluk teddy bear yang dibelikan. Macam mana nak lupakan bekas kekasih kalau anda masih lagi pakai jam tangan yang diberikan itu.


Perkara paling utama yang perlu anda lakukan bila lepas je putus cinta, tentu-tentulah kumpul segala benda yang pernah dia berikan kepada anda. Tak kisahlah anda sayang ke tak sayang dekat barang tersebut, anda kena juga buat sesuatu dengan barang tersebut.

Ini kerana, jika anda masih simpan dan gunakan barang tersebut, tak mustahil anda akan teringat pada dirinya malah anda juga akan sentiasa menanti dirinya. jadi nak buat apa dekat barang-barang tersebut. Haa… ini antara perkara yang patut anda lakukan.

1. Beri dia semula.

Kalau kalian berpisah secara baik, mungkin kerana masing-masing dah tak nak antara satu sama lain ke apa ke, adalah lebih baik kalau pulangkan semula kepada dirinya. Ini kerana, barang tersebutkan beli dengan wang ringgit, jadi lebih baik pulang sahaja. Mana tahu dia boleh kitar semual bagi kepada kekasih barunya.



2. Jual.

Nak buang sayang, nak pulangkan semula dia tak mahu pula. Apa kata anda jual sahaja barang-barang tersebut. Kira macam jual bundle atau pre-loved lah. Nak-nak lagi kalau macam baju, kasut, seluar atau jam tangan. Ini semua boleh mendatangkan wang pada anda. Walaupun tak banyak, tapi okaylah kan.



3. Buang.

Jika anda rasa dia itu telah buang anda kerana memilih yang lain, adalah lebih baik kalau anda membuang barang-barangnya macam apa yang dia lakukan kepada anda. Barulah adil dan puas hati anda. Jangan lupa untuk buang sekali perasaan anda terhadap dirinya.

4. Bakar.

Kalau anda rasa hati anda terbakar macam kerana ditipu atau dicurangi, maka dengan itu adalah lebih baik kalau anda bakar sahaja barang pemberian dirinya sama seperti terbakarnya hati anda itu. Barulah anda puas hati dan merasakan bahawa anda berjaya membalas perbuatan dirinya.



5. Derma.

Kalau sayang nak buang atau apa sekali pun, derma pada mereka yang mahukan. Sama macam anda beri bekas kekasih anda pada mereka yang mahu. Tak payah nak pening-pening kepala dah.

Kadang kala dengan melakukan perbuatan ini, anda sebenarnya mampu menghapuskan segala perasaan anda sedikit demi sedikit. Berbanding dengan anda ambil masa nak pilih simpan atau buang barang pemberian bekas kekasih anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,608 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen