Kepercayaan Itu Ibarat Tiang Dalam Sebuah Hubungan, Setakat Tak Kongsi Password Media Sosial Dengan Pasangan Tak Akan Terus Tak Percaya.

 

Kepercayaan, ramai yang mempunyai fahaman berbeza akan perkara ini. Nak-nak lagi mereka yang saling menyayangi antara satu sama lain seperti pasangan suami isteri. Biasanya kepercayaan ini goyang kerana perasaan terlalu takut ataupun kerana terpengaruh dengan kata-kata serta tontonan di kaca televisyen.



Kepercayaan ini begitu mudah tergugat walaupun kasih sayang yang terbina itu tersangatlah tinggi. Tanpa kepercayaan, nak bina hubungan yang bahagia pun susah kerana akan ada rasa ragu-ragu, bimbang serta boleh tercetusnya salah faham, nak-nak lagi berkaitan media sosial ini.

Macam yang dikongsikan oleh Najmi Nawawi ini, kepercayaan ini bukan perkara yang boleh buat main, ia tiang dalam sebuah hubungan.

Berkongsi password dan id laman sosial dengan pasangan bukti pasangan itu saling mempercayai antara satu sama lain. Lebih hebat lagi, kalau dapat turut berkongsi no pin perbankan. Kepercayaan tertinggi!

Atau ada yang beranggapan sebaliknya?

Iaitu kepercayaan sebenar antara pasangan ialah dengan memberi kebebasan dan ruang privasi. Tidak akan berkongsi apa-apa password apatah lagi pin perbankan. Barulah dipanggil kepercayaan yang sebenar-benarnya!



Apa-apa pun ianya bergantung kepada pasangan berkenaan. Lain pasangan, maka lainlah apa yang dirasakan terbaik untuk diri mereka. Tetapi yang penting di sini ialah untuk kita sentiasa mempunyai kepercayaan kepada pasangan.

Isu 'trust' ini bukan boleh dibuat main, apatah lagi apabila kita sedang bercakap isu kepercayaan antara suami dan isteri. Ia umpama tiang besar yang berfungsi untuk terus memastikan hubungan antara pasangan terus kukuh dan tidak roboh.



Mana tidaknya, sebagai individu, kita didukung oleh pelbagai nilai. Namun nilai paling besar yang didukung ialah nilai kepercayaan. Jika runtuh nilai kepercayaan maka akan runtuhlah juga nilai-nilai lain seperti jujur, rajin, kacak, cantik, ikhlas dan sebagainya.

p/s : Jagalah kepercayaan antara satu sama lain. Kerana tanpa kepercayaan tidak akan wujud istilah kesetiaan.

Setakat pin dan password apa lah sangat, bukankah banyak lagi yang korang berkongsi dengan pasangan. Eh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,877 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen