7 Hadiah Pengantin Memang Perlukan.

 

Daripada beri hadiah benda yang pengantin tidak guna, lebih baik berikan mereka hadiah benda yang merepak perlukan, bukan?



1. Tuala.

Tuala yang berkualiti agak mahal untuk dibeli secara banyak pada satu-satu masa. Selepas berpindah ke rumah baru, pasangan yang baru berkahwin tentunya perlukan tuala lebih untuk tetamu yang bermalam di rumah mereka kelak. Jadi, tolong mereka sedikit dengan hadiahkan mereka tuala. 

2. Barangan elektrik di dapur.

Walaupun klise, dan ramai yang memilih untuk menghadiahkan pengantin barangan dalam kategori ini, tidak salah untuk anda menghadiahkan raja sehari blender/microwave/periuk nasi dan sebagainya. Pengantin memang dah agak akan dapat barangan sebegini dan selalunya tidak masukkan dalam bajet untuk kelengkapan rumah baru mereka. Tidak perlu besar-besar pun tidak mengapa. Mereka pun berdua sahaja, sekurang-kurangnya untuk 9 bulan akan datang. 



3. Kuali.

Kalau anda mahu lain sedikit daripada tetamu lain dan ingin menghadiahkan sesuatu untuk dapur mereka, apa kata anda berikan pasangan ini kuali/'frying pan' atau yang seangkatan dengannya. Mungkin bunyi lawak sedikit. Tapi, pasangan tentunya suka. Tak perlu risau tentang nak beli kuali dah. Kalau ada bajet lebih sedikit, belilah yang lebih tahan lama. 

4. Set kutleri.

Memang selalunya barangan dapur yang agak leceh sedikit. Banyak yang perlu dibeli dan dilengkapkan. Set kutleri agak cool sebagai hadiah untuk pasangan raja sehari kerana bukan sahaja mereka memang perlukannya, tetapi juga selalunya set kutleri ini akan datang dalam kotak dan memang cantik sebagai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

5. Bantal.

Seperti tuala, bantal pun tidak cukup sorang satu saja di rumah baru nanti. Semua benda kena ada lebih sedikit. Kalau bukan untuk kegunaan sendiri, untuk tetamu yang bermalam - keluarga, kawan. Bantal yang elok juga agak mahal untuk dibeli sekali banyak. Apa kata anda bagi sebiji dua sebagai hadiah. 



6. Buku resipi memasak.

Yes, kita ada teknologi yang canggih untuk membolehkan kita belajar memasak atas talian. Tapi, buku memasak bagi feel yang lain sedikit. Seronok boleh 'flip' kertas daripada kena 'slide to unlock'. 

7. Pinggan mangkuk.

Set pinggan mangkuk pun agak klise, tapi inilah yang mereka perlukan. Tips penting, jika anda tidak berapa pasti tentang stail dan citarasa pasangan pengantin, anda pilih yang dekorasinya tidak terlampau ketara dan ringkas.

8. Duit, duit, duit.

Jika anda rasa anda agak leceh untuk membeli hadiah atau tidak sempat, anda beri sahaja duit. Bak kata orang, salam kaut. Jika ada bajet lebih, anda beri lebih sedikit. :) 

Ps: Jika anda beri hadiah, jangan lupa tulis nama anda dan plus one tau! Selalunya ada pengantin yang mahu ucapkan terima kasih kepada tetamu dan pemberi hadiah apabila mereka mempunyai kesempatan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen